Keluarga Malaysia dibina atas sifat dan sikap Rasulullah SAW! Keterangkuman, kebersamaan, kesyukuran!
Published byAhmad Fuzi Abdul Razak (tiga dari kanan) hadir ke majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M peringkat Negeri di Kepala Batas, Pulau Pinang. - Sumber foto: FB TYT Penang
Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul disambut setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal iaitu bulan ketiga di dalam kalendar Islam bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.
Lazimnya, diadakan perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas junjungan baginda SAW, majlis ilmu, tazkirah, forum perdana yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sambutan Maulidur Rasul
Ahmad Fuzi Abdul Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1444H/2022M peringkat negeri Pulau Pinang kepada Abdul Latiff Mirasa di Kepala Batas, Pulau Pinang. - Sumber foto: FB TYT Penang
Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa telah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1444H/2022M peringkat negeri Pulau Pinang.
Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Datuk Abdul Latiff Mirasa, 77, pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya antara 1995 hingga 2000 dan juga Ketua UMNO Bahagian Bagan, Pulau Pinang. Beliau membawa pulang trofi, wang tunai RM5,000, sijil dan cenderahati.
Dr. Siti Maryam Kamarudin Abdullah dianugerahkan Tokoh Qudwatur Rasul (Syabab) bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M peringkat Negeri Pulau Pinang.- Sumber foto: FB TYT Penang
“Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” merupakan tema
Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2022 ini.
"Selaras tema dipilih itu, ia membabitkan tiga teras
iaitu konsep keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran... oleh itu saya percaya
Keluarga Malaysia yang dibina dengan sifat dan sikap Rasulullah dapat menjadi
pemangkin kepada kemajuan Malaysia," kata Ahmad Fauzi pada Majlis Sambutan
Maulidur Rasul di Pulau Pinang.
Tema untuk tahun sebelumnya (2021) “Manhaj Rabbani Umah
Berkualiti”, manakala tema bagi tahun 2020 adalah “Ummah Rabbani Negara Harmoni”.
Selain Anugerah Tokoh Maulidur Rasul , Ahmad Fauzi turut menyampaikan Tokoh Qudwatur Rasul (Syabab) kepada Dr. Siti Maryam Kamarudin Abdullah merupakan seorang pegawai perubatan dan juga ahli Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI). – KitaReporters