Lagu Marilah Mengundi kembali tular! Kenali penyanyi lagu malar segar ini! Hashim Sharif @ Rocky Din!
Published byMarilah Mengundi
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi
Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi
Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
DEMIKIAN lirik lagu Marilah Mengundi yang kembali tular susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa pada Isnin, 10 Oktober 2022.
Pada kala rakyat kini berteka-teki tentang tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), lagu dan lirik lagu malar segar ini berterusan menjadi status hantaran masing-masing dalam media sosial usai pengumuman itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pilihan-pilihan raya
MOHD HASHIM SHARIFF atau ROCKY DIN.
Marilah Mengundi merupakan lagu nyanyian seniman 60-an, Mohd Hashim Shariff atau lebih dikenali sebagai Rocky Din yang popular sejak 1978 iaitu ketika PRU5 pada 8 Julai tahun itu.
Kini walaupun sudah 44 tahun berlalu, lagu tersebut berterusan berkumandang setiap kali pilihan raya umum.
Begitu juga walaupun dengan kehadiran lagu-lagu baharu berkaitan pilihan raya yang dinyanyikan oleh penyanyi muda mudi namun gagal menumbangkan populariti lagu Marilah Mengundi ini.
JOHARI SALLEH. - Kredit foto: BebasNews.com
Lagu Marilah Mengundi merupakan ciptaan Johari Salleh di mana rakamannya dilakukan di Belanda.
Perkara itu pernah dijelaskan oleh Rocky Din dalam satu temu bual sebelum ini, yang mengatakan rakaman lagu berkenaan dibuat pada Oktober 1977. Beliau juga pernah bercerita bahawa pernah memperoleh bayaran RM25 ketika menyanyikan lagu tersebut ketika itu.
Lagu berkenaan sebenarnya terdahulu pernah dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Zainal Alam yang mendendangkan lagu sama pada PRU pertama iaitu 1956.
Rocky Din yang berusia 73 tahun kini semakin uzur dan menghidap strok sejak dua tahun lepas. Beliau yang menetap di Butterworth Pulau Pinang kini terpaksa menggunakan kerusi roda.
Selain Marilah Mengundi, Rocky Din juga popular dengan lagu Cintaku Cintamu dan Aku Tetap Menanti selain turut menghasilkan album untuk penyanyi popular Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Hang Mokthar. - KitaReporters