Kisah rumah tangga dua insan seni Syamsul Yusof, 39, dan Puteri  Sarah Raja Kamaruddin, 38, terus menjadi perhatian ramai sejak hampir setahun lalu.

Rumah tangga mereka bergolak dan hendak terbelah. Kedua-duanya saling menyalahkan antara satu sama lain dan membuat mereka tidak tinggal sebumbung sejak 2020.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Puteri Sarah


Puteri Sarah minta dilepaskan kerana enggan bermadu. Dia lalu menfailkan permohonan cerai. Bagaimanapun Syamsul enggan melepaskan Puteri Sarah dan tetap mahu hidup beristeri dua.

Lalu dia meminta  sesi perdamaian di bawah Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Malah dalam masa yang sama Syamsul  menfailkan nusyuz (keengganan isteri mentaati perintah) terhadap Puteri Sarah.

Dan Puteri Sarah pula melakukan tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan anak-anak.

Sampai bila agaknya permainan suami isteri ini akan berterusan dan mendapat perhatian ramai yang boleh memalukan diri sendiri dan kaum keluarga?


Detik manis di hari perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah 9 tahun lalu

Cukuplah!!  Syamsul harus menurunkan ego sebagai suami dengan reda melepaskan Puteri Sarah. 

Tidak guna Syamsul terus mengikat Puteri Sarah sebagai isteri sedangkan perasaan cinta wanita itu terhadapnya sudah lenyap. Luka jiwanya sudah parah sukar untuk dirawat lagi.

Malah ibu Syamsul bersetuju dan menyokong menantunya bercerai daripada anak lelakinya itu.

Syamsul kecaplah kebahagiaan dengan pasangan baru, Ira Kazar. Dan biarlah Puteri Sarah mengorak kehidupan baharu, malah mungkin mendapat pendamping hidup yang baharu.

Tidak mustahil tidak lama lagi kisah krisis rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah ini akan dijadikan drama TV bersiri yang akan mendapat sambutan. - KitaReporters


11
10
0
15
0

Copy Link: