Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya Pahang Rangers berjaya jua muncul juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2023 menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi agregat 9-6 dalam aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Tertutup Pasir Gudang pada 14 Ogos 2023. 

Pahang Ranger mempunyai kelebihan empat jaringan selepas menang perlawanan akhir pertama 7-3 baru-baru ini.  JDT pula yang bermain di halaman sendiri ternyata memerlukan keajaiban untuk merapatkan defisit jaringan sekali gus memenangi Piala Futsal Malaysia (MFC) 2023. 


Kredit foto : FB FAM 


Tuan rumah bermula dengan baik apabila berjaya berada di hadapan 2-0 hasil jaringan Saad Sani dan Awalluddin Mat Nawi  namun Pahang Ranger berjaya menyamakan kedudukan tersebut menjadi 2-2 selepas Sergio Jamur bijak memanfaatkan sepakan penalti kedua.  

Awalludin sekali lagi mencetak nama selaku penjaring untuk JDT mendahului 3-2 namun jaringan tersebut sudah terlewat untuk bangkit sekaligus memberi laluan kepada Pahang Ranger muncul juara. 

Untuk rekod, Pahang Ranger pernah ke pentas akhir pada tahun 2019 dan 2022 namun terpaksa akur di kedudukan kedua namun tahun 2023 memberi tuah buat mereka. 

Pasukan juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan dua pemain mereka, Ahmad Harith Na'im Mohd Nasir dan Zainulzahin Sinuan dipilih selaku Pemain Paling Bernilai dan Penjaga gol terbaik. 

Sementara Penjaring Terbanyak pula dimenangi oleh Ali Ebrahimi (Selangor MAC)  dengan 22 gol. JDT pula selaku naib johan membawa pulang RM30,000. - KitaReporters


13
12
0
14
0

Copy Link: