Oops! I did it again! Britney dedah kisah hidup dalam memoir! Meroyan selepas gugurkan anak Justin!
Published byBritney dan Timberlake bercinta dari 1998 until 2002 . - Kredit gambar: Getty Images
DALAM pantang larang wanita selepas melahirkan bayi sangat penting emosi mereka dikawal rapi kerana bimbang akan berlaku meroyan (ada yang sebut gila).
Dan inilah nasib malang menimpa penyanyi Britney Spears yang mendakwa dirinya kemurungan atau "meroyan" selepas melalui beberapa detik emosi tidak stabil, bermula dengan kesilapan pertama menggugurkan janin ketika usianya baru 20 tahun.
Dia dihamilkan oleh Justin Timberlake (JT) ketika itu berusia 21 tahun. Seterusnya tiga kehancuran rumah tangga menyebabkan dia juga hilang hak jagaan dua anaknya bersama Kevin. Anak keempat dikatakan dengan Sam Asghari.
Janin pertama itu dibuang kerana Justin enggan menjadi bapa dan mereka pula berada di kemuncak karier.
Jika tidak digugurkan ni adalah wajah hasil gabungan Britney-Justin Timberlake
Meroyan atau postnatal depression (PND) berlaku berlaku apabila kegagalan menjadi ibu bapa dan bila Britney ditinggalkan bersendirian meratapi kehilangan bayi itu mendorong dia berkelakuan pelik.
Skandal menggugurkan bayi itu dibongkar dalam buku terbaharu Britney, The Woman In Me yang dilancarkan pada 24 Oktober 2023 .Tempahan boleh dibuat menerusi Gallery Books.
Britney dipetik dalam akaun TikTok berkata, buku itu sangat bermakna "betapa pentingnya wanita menceritakan kisah sebenar, di pihaknya dengan caranya."
Britney memdedahkan kejadian yang berlaku 20 tahun lalu itu menggoyakkan jiwa raganya dan rasa bersalah setiap kali dengar lagu Everytime ciptaan Annet Artani itu. Malah dalam petikan temu bual dalam TikTok, Britney dilihat sangat sunggul dan menyesal kehilangan anak sulongnya itu.
Justin meninggalkan Britney dengan satu nota, "semua berakhir" kerana mengesyaki kekasihnya itu berskandal dengan pereka tari, Wade Robson. Justin kemudian mengeluarkan album solo “Cry Me a River” mendedahkan kecurangan Britney.
Tiga suami Britney ialah teman sekolahnya, Jason Allen Alexander yang dinikahinya selepas putus hubungan dengan Justin, Kevin Federline dan terakhir pelakon dan bekas jurulatih kecergasannya, Sam Asghari.
Suami pertama Jason Allen Alexander
Kedua, Kevin Federline. - Kredit gambar: Matt Baron/BEI/Shutterstock
Bersama suami ketiga, Sam Asghari
Britney yang dipuja sebagai simbol kejayaan awal remaja mencipta nama antaranya dengan lagu Oops!…I Did It Again.
Bukan setakat kaya, berpengaruh, popular dan cantik, tetapi dia sebenarnya menyimpan cerita ngeri kehidupan seperti Cinderella apabila dimanipulasi kerana bawah umur serta hilang hak jagaan anak-anaknya sebab kesihatan mentalnya.
Laporan majalah Forbes setakat tahun 2021, Britney dianggarkan mempunyai harta USD$AS60 juta (RM280 juta). Anggaran aset itu dianggap tidak banyak berbanding dengan penyanyi setaraf dengannya disebabkan oleh tragedi sepanjang kariernya.
Britney berkahwin dengan Kevin Federline dan mendapat dua anak iaitu Jayden James, 17, dan Sean Preston Federline, 18. Mereka bercerai pada 2006. Bersama Kevin, dia hilang hak ke atas anak manakala bekas suaminya duduk goyang kaki "perah" duit nafkah bulanan hampir AS$40k (RM191k) untuk dua anaknya.
Dilaporkan Kevin dibayar AS$1 juta (RM4.5 juta) sebagai pampasan cerai. Kini anak-anaknya tinggal dengan Kevin di Hawaii sejak Mei 2023.
Britney hanya mampu tersenyum lega selepas lupusnya hak menguruskan kewangannya 13 tahun yang lalu.
Britney mengakui dia meroyan dalam beberapa episod tulisannya itu termasuk membotakkan rambutnya dan menyerang kenderaan jurugambar, dikatakan akibat PND, kematian ibu saudaraya dan peritnya dia turun naik ke mahkamah mengenai hak penjagaan anaknya dengan bekas suaminya, Kevin.
Hubungan Britney -Justin Timberlake itu berlaku akhir tahun 2002 apabila bekas kekasihnya menganggap mereka bukan saja masih muda tetapi sedang membikin duit berjuta-juta dolar melalui konsert dan penjualan album.
TMZ dipetika melaporkan Bitney rasa sangat sulit untuk "membuang" kandungan kerana dia dibesarkan dalam keluarga yang berpegang pada fahaman agama dan mahu kelihatan suci dengan mengekalkan dara dan imej baiknya itu sehingga berkahwin.
Bermula sebagai pelakon Kelab Mickey Mouse Britney Spears, Christina Aguilera, Justin Timberlake, JC Chasez, Keri Russell dan Ryan Gosling ketika awal mencipta nama dalam industri hiburan. Siri itu tamat pada 1996 dan 2017 diubah suai untuk tayangan di internet.
Sebenarnya Britney dan Justin adalah pelakon dan penyanyi yang dikembangkan bakat mereka dalam Kelab Mickey Mouse yang popular dialam kalangan remaja bersama Christina Aguilera selama tujuh musim dari 1989 hingga 1994.
Kekecewaan selepas berpisah dengan Justin juga mendorong Britney lari dari rumahnya berkahwin segera dengan Jason pada 2004 di Las Vegas yang bertahan selama 55 jam saja selepas dia "dipaksa" bercerai.
Malah Britney juga dilaporkan "hilang" anak dengan Sam Asghari yang diceraikannya pada 14 Ogos 2023 selepas 14 bulan berkahwin. Sam, pelakon dan jurulatih kecergasan. Mereka berkahwin pada 9 Jun 2022.
Justin Timberlake kemudian berkahwin dengan Jessica Claire Biel pelakon dan produser filem pada 2012 selepas bersama hampir sedekad. Mereka ada dua anak Silas and Phineas. Justin kini dalam usia 40-an.
Berdasarkan laporan majalah People, dalam memoir itu, Britney berkata,"Saya mencintanya (Justin Timberlake) sangat-sangat dan berharap untuk hidup berkeluarga. Dan tidak pasti menggugurkan kandungan itu, satu keputusan yang baik.
"Ikutkan, saya tidak hendak buat, tapi yang nyatanya, Justin tidak mahu pikul tanggungjawab sebagai bapa," katanya. - KitaReporters