Liga Super 2022: Tahniah JDT FC! Juara liga untuk kali kesembilan berturut-turut! Teruskan dominasi!

Published by
KitaReporters


Johor Darul Ta'zim (JDT) FC terus mempamerkan dominasi dalam saingan Liga Super 2022 apabila mempertahan kejuaraan untuk kali kesembilan berturut-turut selepas menewaskan Sabah FC 3-0 dalam perlawanan terakhir yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada malam tadi (15 Oktober 2022).

JDT yang bermain di tempat sendiri ternyata memberi kelebihan buat mereka lepas menguasai permainan dengan mudah dan Sabah pula terpaksa bermain secara bertahan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan JDT FC


Sabah yang perlukan tiga mata dikejutkan dengan jaringan pertama pada minit ke-16 menerusi Bergson da Silva menjaringkan gol selepas menerima hantaran cantik dari Arif Aiman. 

JDT terus mempamerkan kekuatan mereka dengan gerakan demi gerakan untuk mendapatkan gol. 

Arif Aiman berjaya mencetak nama selaku penjaring selepas sepakan percuma beliau gagal diselamatkan oleh penjaga gol gantian Sabah, Damien Lim. 

Sabah cuba bangkit untuk memburu gol namun begitu sukar untuk mengugat permainan JDT di tempat mereka. 

Bergson terus mempamerkan ketajaman beliau apabila menjaringkan gol ketiga buat tuan rumah pada minit ke-55 dengan jaringan begitu cantik menerusi sepakan gunting. 

JDT terus menekan barisan pertahanan Sabah dan hampir menambah jaringan namun beberapa peluang terbaik dipersiakan. 

Kekalahan Sabah menyebabkan mereka terlepas slot lebih awal untuk ke Piala AFC dan terpaksa memburu kejuaraan Piala Malaysia untuk memastikan slot itu menjadi milik mereka. - KitaReporters


kredit FB JDT

15
15
0
12
0

Copy Link: