FDAM kecewa! Mentega Terbang boleh pesongkan akidah! Akan panggil pengarah filem bagi penjelasan!

Published by
KitaReporters


Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) memandang serius isu kandungan filem Mentega Terbang yang mencetuskan sensitiviti dalam kalangan umat Islam di negara ini. 

Isu sedemikian tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip perpaduan dan menghormati agama masing-masing apatah lagi cuba menyampaikan mesej yang boleh memesong akidah umat Islam. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tayangan filem-filem


FDAM kecewa kerana pengarah filem tersebut merupakan ahli FDAM yang menunjukkan kesalahan dari aspek falsafah dan etika pengarahan yang secara jelas melanggar prinsip Rukun Negara serta konsep Malaysia Madani.  

Pendirian FDAM berpandangan orang ramai tidak perlu menonton filem tersebut sebelum  mengkritik kerana babak dan dialog yang dipaparkan dalam filem itu secara jelas menghina agama Islam. 

Tak perlu tonton filem sebegini. Menerusi dua babak seperti percakapan bapa kepada anak  perempuan tentang memilih agama dan perbualan makan babi memberikan mesej yang jelas. 


KHAIRI ANWAR


FDAM akan mengambil tindakan dengan memanggil pengarah tersebut (Khairil Anwar) untuk memberi penjelasan berhubung isu kontroversi ini dan memohon pengarah itu agar  memohon maaf pada penonton dan umat Islam. 

Isu sensiviti membabitkanagama tidak perlu dipermain sama ada menerusi lakonan atau sebagainya. Malah, merujuk Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan Islam ialah agama rasmi dan rakyat Malaysia perlu saling menghormati agama-agama lain. 

FDAM juga menyokong saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar mengambil tindakan  segera terhadap filem ini termasuk mereka yang terbabit. - KitaReporters/Kenyataan Media


Dr Ahmad Ibrahim 

Presiden FDAM  


11
12
0
14
0

Copy Link: