Piala Futsal Malaysia 2022: Pahang Rangers FC mara ke perlawanan final! Pulau Pinang kecundang!

Published by
KitaReporters

Kredit foto-foto: FB Football Association of Malaysia


HASRAT skuad futsal Pulau Pinang melakukan kejutan untuk layak ke perlawanan akhir tidak kesampaian apabila tewas 6-9 secara agregat kepada tuan rumah Pahang Rangers FC dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Futsal Malaysia (MFC) Cuckoo yang diadakan di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan futsal


Bagaimanapun Pulau Pinang terlebih dahulu membuka jaringan pertama menerusi Hamzah Ahmad yang mengejutkan seketika tuan rumah. 

Namun, skuad kendalian Gerad Casas tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila pemain pengalaman mereka, Abu Haniffa Hassan mendekatkan defisit gol dan Pahang terus melebarkan jaringan menerusi Awalluddin Mat Nawi, Yazid Kamaruzuan, Ridzwan Bakri, Syarul Nizam Hassan (GS).

Biarpun Pulau Pinang cuba bangkit menerusi Amirul Radzi dan Iqhmal Najmie Ismail namun agak terlewat untuk menyekat kemaraan Pahang Rangers. 



Kemenangan Pahang ini menepati ramalan selaku pasukan pilihan ke perlawanan akhir dan sememangnya dengan barisan pemain berpengalaman tidak menjadi isu besar untuk pasukan mereka. 

Pulau Pinang patut menyalahkan diri sendiri apabila gagal mengulangi prestasi cemerlang sebelum ini dan mereka turun dalam perlawanan ini seperti tidak menjadi dan seakan-akan mereka pula yang ketinggalan menerusi agregat. 

Pahang Rangers akan menanti pemenang antara Selangor TOT United dan Selangor MAC yang akan turun buat perhitungan di Kompleks Sukan Negara, Panasonic, Shah Alam. - KitaReporters


Pahang Rangers FC


Pasukan Pulau Pinang. - Kredit foto: FB Football Association of Malaysia

11
15
0
11
0

Copy Link: