Video: Doakan yang baik-baik buat kami! Fattah Amin enggan cerai! Peminat berharap Fazura kembali!
Published byKrisis rumah tangga dua pelakon popular Fattah Amin dan Fazura terus mendapat perhatian ramai setelah Fazura mengemukakan tuntutan cerai pada 13 September 2024.
Pelbagai anggapan dibuat ekoran tindakan itu dan ramai peminat kedua-duanya berharap ikatan perkahwinan mereka tidak akan terlerai dan boleh diselamatkan.
Perasaan kasih dan sayang Fattah terhadap Fazura masih utuh dengan dibukti melalui kiriman terbaharu dalam Instagram Fattah.
Selain memuatkan gambar bertiga terbaharu mereka dan memberi catatan: “Doakan yang baik-baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two. 💙 #lastpicturetaken
Antara gambar bersama Farrah masih termuat dalam IG MissFazura
Para peminat kedua-dua pelakon popular itu berharap Fattah dan Fazura kembali berbaik. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Justeru Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, enggan melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di Subang Bestari pada Rabu, 25 September 2024 dan berharap isterinya dapat menarik semula permohonan cerai.
Dia yakin ada sinar untuk menyelamatkan rumah tangga. Fattah berkata demikian kepada petugas media selepas kes mahkamah berlangsung.
Fazura datang ke mahkamah dengan dikawal sejumlah pengawal keselamatan
Dan ia bagi memberi peluang kepada Fattah untuk memuktamadkan terma-terma penyelesaian secara baik.
Fattah berwajah sayu meninggalkan pekarangan mahkamah
Kita berharap ada khabar baik akan hubungan mereka. Kita tidak mahu mendengar berita tidak baik dalam kalangan insan seni. - KitaReporters