RAMAI orang kini berjaga-jaga dan sebaik mungkin mengelakkan diri mereka daripada terkena wabak Covid-19. Ini kerana mereka takut kuman tersebut boleh hidup pada permukaan seperti kaca, plastik atau logam seperti barang kemas wanita untuk masa beberapa hari. : KitaReporters


Oleh sebab itu, kecoh beberapa hari lepas dalam media sosial bahawa barang kemas tidak digalakkan untuk dipakai ketika wabak Covid-19 ini kerana virus boleh melekat pada besi selama 9 hari.

Isu ini mula kecoh apabila seorang netizen berkongsi nasihat daripada seorang doktor pakar kesihatan di dalam satu program di televisyen baru-baru ini.

Sehubungan itu, Dr Sakinah Sulong tampil bersuara dan menjelaskan salah faham yang berlaku dalam kalangan orang ramai mengenai nasihatnya menerusi satu posting dalam Facebook.


Menurutnya, beliau menolak dakwaan virus ini boleh bertahan selama 9 hari pada permukaan barang kemas

"Setahu saya pada permukaan aluminium ia mampu bertahan sampai 5 hari, kalau tidak dinyahkuman," katanya.

Apapun kebersihan tangan penting


Beliau memberitahu kepada semua orang bahawa kebersihan tangan sangatlah penting untuk diutamakan.

Tambahnya, pemakaian cincin dan gelang boleh mengganggu semasa mahu mencuci tangan

Virus boleh melekat pada permukaan barang kemas.

Jika anda nak pakai rantai dan subang, silakan

"Jangan pula ada yang menanggalkan rantai dan subang dengan dakwaan itu, nasihat saya.

"Apa yang lebih penting, duduk di rumah dan jangan lupa basuh tangan selalu. Selepas wabak dah reda, anda nak pakai cincin penuh pada jari-jari pun silakan," tambahnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang melihat posting ini di Facebook mengatakan bahawa kenyataan ini bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh doktor berkenaan baru-baru ini. 

Mereka juga menasihatkan agar tidak semua orang untuk mempercayai berita palsu yang disampaikan tanpa ada usul periksa. - KitaReporters



Melalui akaun Facebooknya, Public Health Malaysia (Kesihatan Awam Malaysia) (https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/) menyatakan :

  • Tanggal atau tidak tanggal bukan isu.
  • Yang paling penting adalah, cuci tangan secara menyeluruh.
  • Jika ingin menanggalkan barang kemas kerana ingin membersihkan tangan dengan betul- betul, ianya tiada masalah.
  • Ianya dipraktikkan di hospital terutamanya di dewan pembedahan dan ICU, dan pemakaian barang kemas adalah dilarang.
  • Untuk orang awam melakukannya sebagai satu langkah pencegahan adalah satu tindakan yang baik.

Menurut akaun FB itu lagi, saranan tersebut dibuat berpandukan kepada "WHO guideline on hand hygiene in health care." - KitaReporters


0
5
0
0
0

Copy Link: