Gambar hiasan... Kes pertama kemasukan varian Covid-19 dari India, dengan mutasi berganda, B.1.617.1  telah dikesan hasil saringan di pintu masuk utama negara di KLIA. - Kredit foto: NSTP


KES pertama kemasukan varian Covid-19 dari India dengan mutasi berganda yang dikenali sebagai B.1.617.1 telah dikesan di Malaysia selepas hasil saringan di pintu masuk utama negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata mutasi tersebut dikenal pasti hasil analisis Penjujukan Menyeluruh Genom (WGS) dijalankan dalam tempoh  24 April hingga 1 Mei 2021 lalu.

“Kita telah mengesan kes pertama varian India di negara ini  menerusi kemasukan seorang kerakyatan India apabila melakukan saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dalam satu kenyataan media bertarikh 2 Mei 2021.

Varian mutasi berganda, B.1.617.1 telah mula ditemui di India pada 27 April 2021 dan berdasarkan laporan Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID), ia mendapati tiga hari kemudian telah menular di sekurang-kurangnya 17 negara di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan mutasi berganda dari India mempunyai kadar pertumbuhan virus Covid-19 yang lebih tinggi, berbanding varian sedia ada di negara berkenaan, sekali gus dikhuatiri menjadi punca utama peningkatan jangkitan secara mendadak. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
1
0

Copy Link: