Video| Sangat unik, luar biasa! Trak RM300k jadi mas kahwin! Terus pandu selesai akad nikah!

Published by
KitaReporters

Pengantin lelaki membawa trak sementara pengantin wanita duduk di sebelah. - Kredit foto: FB mukidi joyo wiyoyo

LAZIMNYA mas kahwin biasanya terdiri daripada barangan kegemaran si pengantin sendiri terutama melibatkan kegunaan harian dan peribadi.

Namun uniknya majlis akad nikah di Kabupaten Pati, Jawa Tengah baru-baru ini mengemparkan penduduk kampung berikutan pihak lelaki membawa mas kahwin berupa sebuah lori besar jenis Hino Ranger 500 yang dianggarkan berharga kira-kira RM300,000.

Wow! luar biasa...

Apa tidaknya mas kahwin berkenaan tidak pernah dibuat orang lain dan mungkin boleh dikatakan yang pertama di dunia.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan

/

Pasangan pengantin bergambar di hadapan trak. - Kredit foto: FB mukidi joyo wiyoyo

Perkongsian menarik itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook @Mukidi Joyo Wiyoyo.

Mempelai lelaki yang bergaya dengan kot dan songkok berwarna hitam memandu trak baharu dengan nombor plat K 1329 DX. Sementara pengantin wanita pula anggun dengan kebaya putih, 'setia' di bangku penumpang

Ohh.. romantiknya!.

Turut kelihatan lori besar itu dihias dengan jambangan bunga yang menandakan pemberian hadiah. Pasangan itu menaiki hadiah mas kahwin berkenaan itu sebaik sahaja selesai majlis akad nikah.

Bagaimanapun, pemilik akaun tidak memberi butir lanjut seperti nama pasangan pengantin dan siapakah pengantin lelaki hingga mampu memberi mas kahwin semahal tu.

Semoga pasangan baru itu terus dikurniakan kebahagiaan dalam perjalanan rumah tangga mereka! - KitaReporters


12
10
0
13
0

Copy Link: