Hari Pertama PKPB! Ada yang patuh! Ada yang ‘gatal tangan’!
Published byHARI pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Isnin, 4 Mei 2020 menyaksikan warga kota kembali bekerja di pejabat masing-masing. Sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial telah dibenarkan kerajaan bagi mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara serta kepentingan membendung wabak COVID-19. : KitaReporters
Namun kelonggaran itu harus dilaksanakan secara bertanggungjawab oleh semua pihak dengan mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Bagi menampung perjalanan pergi balik orang ramai ke
tempat kerja, maka perkhidmatan kenderaan awam seperti LRT, MRT, Monorail dan
BRT kembali beroperasi.
Ingat, anda masih lagi perlu menjaga jarak, memakai
topeng mulut dan hidung dan selalu guna sanitizer selepas bersentuhan apatah lagi di dalam kenderaan awam yang pastinya
ramai.
Persediaan telah dilakukan oleh pihak Rapid KL bagi memastikan penumpang mematuhi arahan dan menjaga jarak. Malah, hebahan juga telah dibuat melalui laman rasmi sosial Rapid KL.
“Ini merupakan sedikit gambaran situasi yang anda
akan lalui ketika menggunakan perkhidmatan tren pada hari esok (4 Mei 2020).
“Pastikan anda sentiasa menjaga jarak sosial yang
selamat dengan hanya berada pada garisan atau tempat duduk yang telah ditanda
ketika menaiki tren. Kami yakin, anda semua boleh sama-sama menjayakan norma
baharu ini,” jelas Rapid KL.
Namun ada segelitintir penumpang ‘gatal tangan’
telah melakukan ‘onar’ dengan mencabut poster yang dilekatkan di tempat duduk
di dalam tren.
“The poster is there for a reason. And the reason is for safety. Cooperate with us.
"Please don't tear it down. We are in this together.
“Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
Patuhi SOP yang telah ditetapkan. Kita jaga kita,” tegas Rapid KL.
Sungguhpun begitu tinjauan pada hari pertama PKPB, Rapid
KL mendapati penumpang mematuhi arahan penjarakan sosial.
“Pengguna yang menggunakan laluan BRT patuh dengan arahan penjarakan sosial pagi ini. Terima kasih!” tulis Rapid KL.
Apapun, semoga rakyat Malaysia yang sudah mula bekerja dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Jadilah rakyat yang bertanggungjawab, sekali gus dapat membendung penularan Covid-19. - KitaReporters