Siapa Tan Lee Bee? Jurubahasa isyarat RTM juga jadi tumpuan!
Published bySETIAP kali perutusan khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin, pasti akan ada video kreatif yang menjadi tumpuan rakyat. Jika sebelum ini, ucapan Perdana Menteri diedit dan menjadi viral sehingga ada yang parodikan ucapan itu, tetapi kali ini, perutusan khas yang dilakukan pada 10 Mei 2020, jurubahasa isyarat RTM, Tan Lee Bee pula menjadi tumpuan rakyat Malaysia. : KitaReporters
Kredit video: FB Hot FM
Mengikuti video yang dikongsi oleh Facebook Hot FM, kita boleh melihat betapa bersemangat dan bersungguh-sungguh Lee Bee menyampaikan maksud apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri.
Dengan reaksi tangan serta muka, jelas menunjukkan bahawa Lee Bee benar-benar ingin sampaikan kepada golongan sasaran agar mereka faham apa yang dimaksudkan.
Bukan mudah untuk melakukan seperti apa yang beliau lakukan!!
Bayangkanlah berapa lama ucapan Perdana Menteri dan Lee Bee perlu pantas serta cekap dalam mendengar ucapan itu agar tidak salah.
Pengalamam berpuluh-puluh tahun dalam bidang penyampaian berita (bahasa isyarat) sudah tentu dapat membantu Lee Bee menyampaikan mesej dengan cara tersendiri.
Netizen yang menonton video tersebut turut melontarkan pendapat serta pandangan mereka tersendiri.
Video yang berdurasi hanya 23 saat itu telah ditonton sebanyak lebih 205,000 kali, manakala dikongsi oleh 700 pengguna akaun FB.
Satu pencapaian yang hebat bagi sebuah video yang tiada suara (jika diketepikan suara Perdana Menteri).
Terima kasih Tan Lee Bee!! - KitaReporters