Seperti yang dijangkakan ramai, penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 41,  umum sah hamil anak ke-2 hasil daripada kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kehamilan pertamanya dua tahun lalu. SIti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti membuat pengumuman berita bahagianya itu pada majlis ‘TwoGether BeauSiti X Wonderlab’ yang berlangsung secara virtual bersama media petang tadi, 1 Disember 2020. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Siti Nurhaliza Tarudin:

https://kitareporters.com/search?search=siti+nurhaliza


Pelantan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu nampak teruja sehingga hilang ayat untuk berkata-kata di samping suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Dato K sewaktu berkongsi berita kehamilannya itu.

“Saya bersyukur dan gembira sekali kami akan mendapat seorang lagi cahaya mata dan kandungan Siti  dah memasuki lebih empat bulan,” jawab Dato K.

“Terima kasih kerana ramai yang mendoakan malah ada yang dah boleh berteka-teki dan agak apabila saya mendiamkan diri dan berehat di rumah,“ sambung Tok Ti.




Ditanya jantina yang diinginkan, Siti memberitahu, "sama ada lelaki atau perempuan saya terima dengan hati terbuka tetapi seronok kalau dapat sepasang, jadi doakan.”

Bercerita lanjut, Siti berkata, beliau sepatutnya mahu melakukan kaedah IVF lebih awal namun disebabkan  negara dilanda COVID-19 beliau terpaksa lewatkan sedikit dan teruskannya sewaktu keadaan sedikit reda.

“Jadi bila dah empat bulan barulah saya rasa sudah boleh mengumumkannya hari ini (1 Disember 2020),” tambah beliau.

Menurutnya, kehamilan kali kedua ini membuatkan dirinya rasa mudah penat dan lebih emosional namun menganggap keadaan itu mungkin berpunca daripada faktor usia di mana pada 2021 beliau sudah 42 tahun.

“Sekarang ni tengok citer di TV dan membaca kisah-kisah melalui Instagram pun boleh membuatkan saya menangis,” luah Siti yang dijangka melahirkan zuriat keduanya pada sekitar bulan April 2021. 




Serentak membuat pengumuman secara ‘live’ Siti dilihat tidak ketinggalan berkongsi saat bahagianya itu kepada pengikut Instagramnya yang berjumlah 7.9 juta dengan menampilkan foto hitam putih dengan gaya bagaikan puteri pada zaman dahulu kala.

"Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutama keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami,” tulis Siti yang mendapat lebih 10,000 komen ucap tahniah termasuk daripada rakan-rakan artis.

Beliau turut memohon doa semua supaya bayi dalam kandungan dan dirinya diberikan kesihatan, dipermudahkan melalui hari mendatang sehinggalah saat melahirkan nanti.



Sementara itu, pada majlis sama, Siti turut mengumumkan kolaborasi istimewa jenamanya, BeauSiti bersama Wonderlab sekali gus memperkenalkan duta kempen produk terbaharunya, Beauessence & BeauNes iaitu penyanyi dan pelakon popular Nabila Razali.

Pelantun lagu ‘Peluang Kedua’ berusia 28 tahun ini dalam kata-kata ringkasnya melahirkan rasa terharunya diterima sebagai jurucakap produk yang boleh diambil oleh kaum wanita daripada usia 16 tahun.

Menurutnya, sejak mengambil produk berkenaan yang seperti kata K.C. Hoe selaku Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo yang turut hadir, memberikan keberkesanan selepas 8 minggu. 

"Ini satu pengalaman yang sangat indah. Saya rasa kulit saya lebih segar malah tubuh lebih bertenaga," kata Nabila.

Melalui kolaborasi antara BeauSiti dan Wonderlab, dijangka sasaran jualan mampu mencapai angka jutaan unit apatah lagi produk terbaharu ini bakal menembusi pasaran luar dengan Brunei Darussalam menjadi sasaran luar negara pertama.

Terbaharu, Siti Nurhaliza dilaporkan sebagai artis Malaysia paling banyak distrim sepanjang 2020 oleh Spotify dan berita ini turut dikongsi pada laman instagramnya @ctdk. Tahniah Tok Ti! - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: