INI sudah cukup bagus!! Tak bagus lagi ke, peluang pekerjaan bergaji sehingga RM2,400 untuk belia tempatan menganggur yang bersedia berkerja di Pasar Borong Kuala Lumpur? Kalau peluang besar dan menarik ini tak direbut, tak tahulah nak kata apa lagi!! : KitaReporters

Bahagian basah di Pasar Borong Kuala Lumpur. - Kredit foto: In Malaysia



Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menawarkan peluang pekerjaan di Pasar Borong Kuala Lumpur kepada golongan belia menganggur dengan gaji taraf lulusan ijazah

Malah mungkin juga lebih, tak semua yang berkerja dapat gaji setaraf kelulusan mereka. 

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, kini khidmat pekerja tempatan di pasar borong diperlukan kerana jumlah pekerja tidak mencukupi berikutan warga asing tidak dibenarkan bekerja di sana.

"Kami sedang memikirkan untuk membawa belia kita bekerja dengan kaedah baharu, dalam suasana lebih baik  dengan keperluan tempat tinggal dan pengangkutan akan diatur, terutama apabila pasar borong moden siap    diubah suai," ujarnya.

Berita seperti ini sepatutnya dinanti-nantikan oleh mereka yang sedang mencari pekerjaan. 

Lupakan dahulu impian untuk bekerja di pejabat berhawa dingin, jika peluang itu memang tidak ada!! 

Bak kata pepatah, buat apa tunggu buah yang tidak akan gugur, tidak guna tunggu bulan jatuh ke riba.

Rebut apa saja peluang yang ada setakat ini. 

Tawaran pekerjaan oleh Kementerian berkenaan jangan dipandang sepi. Mentang-mentang suasana kerja di sebuah pasar, langsung tidak mahu dipandang. 

Kita percaya setelah diubah suai, pasar borong moden akan berubah suasana. 

Bagaimana suasananya? Kita lihat nanti.  

Selepas diubah suai Pasar Borong Kuala Lumpur akan lebih selesa dan teratur.  - Kredit foto - Wilayah Ku


Hanya dengan sokongan anak-anak muda rakyat tempatan, rancangan itu akan dapat dizahirkan. 

Buat apa jika pasar borong selesai diubah suai, tetapi kemudian sepi tiada orang kita yang hendak bekerja, maka kepada orang asing diserahkan semula kerja yang selama ini menjadi isu besar.

Rebut tawaran itu sekarang jangan nanti apabila mereka yang pantas mengambil kesempatan itu, berakhir dengan mendapat keselesaan bekerja. 

Kelak, anda yang menolak peluang sekarang hanya dapat melihat, ketika mulai berminat, tetapi sudah terlambat, akhirnya menggigit jari.  

Orang yang sudah mendapat pekerjaan selesa tentunya tidak akan mudah melepaskan pekerjaan mereka. Ketika itu sudah tiada lagi tawaran untuk anda. 

Jika begitu, mungkin boleh cuba menjadi peniaga di pasar borong pula. 

Kerajaan Perikatan Nasional di bawah teraju menteri baru di kementerian tertentu, berusaha gigih untuk memperbaiki keadaan dengan melakukan perubahan-perubahan yang lebih bermanfaat untuk faedah awam. 

"Jika sebelum ini warga gelandangan ditawar gaji sekitar RM1,400 hingga RM1,600 dalam sektor perkilangan, saya berunding (untuk gaji) sehingga RM2,400 kepada mereka yang mahu bekerja di pasar borong," kata Annuar ketika bersiaran langsung melalui akaun Facebooknya pada Rabu, 13 Mei 2020.

Contoh ruang pameran buah-buahan yang kemas dan bersih, di pasar luar negara.


Bukan gitu saja. 

Katanya lagi selain itu, pihaknya telah mengenal pasti beberapa tapak di sekitar ibu kota bagi membina kafetaria, gazebo, warung kecil atau kedai, selain pondok bas dan stesen LRT untuk menyediakan peluang perniagaan kepada golongan muda.

"Sebelum ini, kami telah berjaya mendapatkan peluang pekerjaan kepada warga gelandangan dan kali ini, ramai golongan muda hilang pekerjaan dan menganggur akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka kini kami tampil untuk membantu mereka pula," katanya.

Satu lagi pengumuman yang boleh membuat mereka terbabit tersenyum gembira, kata Annuar, pihaknya juga sedang merancang untuk menawarkan skim 'sewa dan beli' kepada golongan muda B40 berusia 35 tahun ke bawah untuk memiliki rumah pertama mereka.

Menurut pengumumannya, sebanyak 1,000 unit rumah tiga bilik akan ditawarkan sewa bulanan sekitar RM800 hingga RM850 kepada mereka, sementara menunggu siapnya pembinaan rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah.

Rumah mampu milik yang dicadang di Kuala Lumpur tentulah jenis apartment. Gambar hiasan ini adalah rumah PPR Kepong. - Kredit foto: Iluminasi


"Mereka boleh sewa untuk tempoh beberapa tahun.

"Selepas itu bila kami siapkan rumah mampu milik itu, mereka boleh beli rumah itu dan sebahagian daripada sewa akan dikembalikan kepada mereka sebagai rebat untuk kegunaan deposit," katanya, memetik laporan Bernama.

Andai mendapat tawaran `sewa dan beli'  rumah itu, penulis menasihatkan janganlah disewa sekerat jalan, kerana sewa yang sudah dibayar setiap bulan akan hangus begitu sahaja, sedangkan jika tunggu sehingga rumah mampu milik itu siap, sebahagian bayaran sewa sebelumnya diambil kira sebagai deposit. 

Maksudnya, meringankan bebanan untuk menyediakan wang deposit bagi memiliki rumah tiga bilik yang dicadangkan berharga bawah RM200,000 itu. 

Ingin mencari rumah bawah harga itu sekarang ini sukar sekali!!

Berdasarkan pengalaman terasa rugi yang teramat sangat pernah menolak apartment yang dijual dengan konsep `sewa dan beli' oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada zaman 1980-an. 

Ketika itu harganya sekitar RM60,000 sahaja. 

Berhenti menyewa kerana membeli rumah teres, andai diteruskan pembelian apartment PKNS berkenaan sudah tentu harganya meningkat lebih sekali ganda sekarang, boleh dijadikan rumah pelaburan. 

Jadi, fikir dahulu sebelum hendak melepaskan rumah sewa beli. - KitaReporters

 

1
0
0
1
3

Copy Link: