Video| 'Siti Sarah' buat kejutan! Bawa kek hari jadi Raissuddin! Tergamam temui pelanduk dua serupa!
Published byRaissuddin Hamzah dan Siti Fatimah memperlihatkan kemesraan. - Kredit foto: IG suciuwanis
PERIBAHASA ada sebut "pelanduk dua serupa", manakala orang tua-tua ada berkata "ada tujuh orang yang sama dengan kita di dunia ini." Nampaknya kata-kata itu menjadi kenyataan.
Ketika majlis sambutan ulang tahun ke-66 pada Ahad, 29 Mei 2022 lalu, penyanyi veteran, Raissuddin Hamzah tergamam melihat kehadiran seorang insan yang mirip wajah anak kesayangannya, Allahyarham Siti Sarah.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Siti Sarah Raissuddin
Sempena majlis ulang tahun Raissuddin, si isteri, Siti Fatimah Suberi bercadang membuat kejutan dengan cuba menunaikan impian suami.
Dalam rakaman video berdurasi dua minit itu, Raissuddin dilihat terkejut apabila menatap wajah Emy buat pertama kali kerana hampir serupa dengan arwah anaknya itu.
Malah, rata-rata netizen turut bersetuju mengenai perkara itu dan memberitahu wajah Emy seiras dengan isteri pelawak Shuib Sepahtu itu.
"Saya menangis masa Makder (nama panggilan Fatimah) cakap tapak tangan dia sama.
"Nampak sangat kerinduan di wajah ayah arwah. Anak arwah Uwais pun mampu tengok saja," antara komen-komen netizen.
Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos 2021 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat jangkitan Covid-19.
Siti Sarah dan Shuib Sepahtu yang berkahwin pada 2011 mempunyai empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6; dan Ayash Affan, 8 bulan.
Raissuddin pula popular setelah menyertai Bintang RTM pada awal 1980-an dan kemudian menjadi artis residen RTM. Setelah tidak bergiat sebagai penyanyi, Raissuddin terlibat dalam bidang rakaman.
Selepas namanya agak tenggelam sebagai penyanyi atau pelakon, Raissuddin kembali jadi perhatian apabila Siti Sarah mencipta nama sebagai penyanyi.