PELUANG mengerjakan umrah bersama suami baru-baru ini telah mengubah kehdupan salah seorang bintang dangdut popular Indonesia, Jenita Janet atau nama sebenarnya Jeni Juliana, 35.

Menunaikan ibadah di Tanah Suci menimbulkan keinsafan yang mendorongnya untuk meninggalkan kehidupan glamornya dalam dunia dangdut. 


Jenita sebelum dan selepas berhijab


Jenita terus terkenal setelah merakam ‘single’ bertajuk ‘Di Reject’ pada 2013.  

Bagi mempunyai identiti tersendiri, Jenita mempunyai goyang dangdut tersendiri yang dikenali sebagai goyang Gogo.

Selain itu Jenita turut menonjolkan dirinya dengan imej berlainan melalui penggunaan rambut palsu (wig). Ia bagi menutup kritikan sejumlah pihak yang menganggap Janita tidak mempunyai rupa dan sosok badan menarik untuk bergelek menjadi penyanyi dangdut.


Jenita dan suami ketika mengerjakan umrah. - Kredit foto: IG jenitajanet officials


Jenita dikatakan penyanyi dangdut yang mempunyai rambut palsu paling banyak.

Dalam satu temu bual dalam sebuah podcast, Jenita mengaku pernah mengumpul lebih seribu rambut palsu pelbagai jenis dan warna.

Jenita menganggap rambut palsu memberi aura ketika mengadakan persembahan. Selain itu Jenita juga sering berpakaian seksi dalam persembahannya.

Kerana sudah berhijab, Jenita sudah tidak lagi menggunakan rambut palsu yang dimilikinya.


Jenita dan suami bersama rakan-rakan ketika mengerjakan umrah


Justeru tidak mahu membazir, Jenita memberi ratusan wignya kepada pengidap kanser kaum wanita yang menjalani kemoterapi sehingga mereka hilang rambut.

Setakat ini Jenita masih memiliki kira-kira 700 wig yang akan diberi kepada mereka yang memerlukan.

Menyentuh pakaiannya, Janeta juga memberikan sejumlah pakaiannya yang ‘tidak melampau’ kepada golongan yang memerlukan.  

Sebagai kenangan, Jenita akan menyimpan sejumlah rambut palsu dan pakaian pentasnya yang agak seksi. 



Berhijab bukan bermakna Janita akan meninggalkan terus bidang dangdut. Dia akan terus berdangdut tetapi dengan memakai hijab dan pergerakannya dibataskan. 

Ini kerana masih terdapat sejumlah penyanyi dangdut di Indonesia yang sudah berhijab tetapi masih berdangdut.

Menurut Jenita terdapat sejumlah pihak yang tetap mengundang dia menyanyi walaupun sudah berhijab. Namun terdapat juga sejumlah promoter yang membatalkan kontrak setelah mengetahui Jenita sudah berhijab.


Jenita menganggap rambut palsu memberi aura tersendiri ketika membuat persembahan


Jenita reda dengan keadaan itu.  Dalam pada itu, Jenita kini sudah tidak begitu mengharapkan kegiatan berdangdut sebagai sumber pendapatannya. Ini kerana dia mempunyai beberapa perniagaan.

Dan dia kini menjadi isteri orang kaya. Suami keduanya, Danu Sofwan, 45,  yang dikahwini pada 11 November 2020, merupakan ahli perniagaan yang berjaya di Indonesia. 

Mempunyai beberapa perniagaan dalam bidang makanan dan merupakan Ketua Pegawai Operasi (CEO) PT Warisan Kuliner Indonesia. - KitaReporters


13
11
0
21
0

Copy Link: