Video| Ada vibe lama! Meriahnya Hari Raya dapat pujian! Iera bawa lagu raya irama 1980-an, 90-an!

Published by
KitaReporters

.


Kredit IG: Iera Milpan 


Lagu raya 2025 'Meriahnya Hari Raya' nyanyian Iera Milpan mendapat pujian pendengar kerana dilihat seakan-akan mengimbau kenangan lama. 

Dengan ada teknologi medai sosial ini, orang ramai boleh menghasilkan pelbagai lagu raya mengikut cita rasa masing-masing namun begitu, ia belum tentu mampu memikat hati orang yang mendengarnya. 



Jika melihat melodi serta arrangement (susun atur) lagu itu, memang tidak boleh dinafikan ia ada rasa itu. Malah ada juga berpendapat ia seperti era 80-an dan 90-an sekali gus mengamit memori waktu kecil-kecil.

Sudah pasti setiap daripada kita ada cara serta mood tersendiri untuk memilih lagu raya yang sesuai dengan diri seseorang itu. 

"Lagu ini selalu membuat saya rindu suasana lebaran di desa," kata Memmelody. 

"Vibe lagu raya hanya kena dengan irama muzik Malaysia," kata Farid. 

"Ini baru lagu raya, ciri-ciri tidak lari dan diubah. Terbaik vibe tradisional melayunya dikekalkan," kata Deco. 



Jika melihat trend, setiap tahun akan ada begitu banyak lagu raya, namun tidak semua akan dapat memenangi hati pendengar. 

Namun begitu, ia juga memberi kebebasan dan pemilihan lebih banyak buat orang untuk memilih serta mendengar yang mana okey dan sesuai dengan diri sendiri. 

Moga dengan adanya lagu raya ini, ia akan membangkitkan mood untuk kita tingkatkan amal ibadah sebelum menyambut hari kemenangan buat umat Islam. - KitaReporters


13
9
0
11
0

Copy Link: