Video| So sweet! Cinta lokasi Adam Lee, Sweet Qistina diikat akad nikah! Ulang tahun kelahiran ke-25!
Published byPASANGAN pelakon Adam Lee, 28, dan Sweet Qismina, 25, menjalin cinta lokasi selama 4 tahun iaitu sejak 2019 apabila dipasang sebagai kekasih dalam drama ‘Adam Cempaka’.
Ia lalu diikat dengan pertunangan setahun lalu iaitu pada 24 Oktober 2021.
Dan akhirnya ikatan pertunangan itu dipateri dengan lafaz akad nikah pada hari ini Isnin, 24 Oktober 2022 iaitu sempena hari jadi Qismina yang ke-25.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berita-berita perkahwinan
Adam Lee melafazkan akad dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi di The Boathouse, Tasik Ampang, Selangor.
Pasangan mempelai dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak Selangor, Mohamad Khairin Hussein.
Pada majlis itu, Sweet Qismina atau nama sebenar, Farhanna Qismina Supandi menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97. Nilai mas kahwin yang diserahkan Adam atau nama sebenarnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee itu sebagai simbolik kepada tarikh lahir Sweet.
Sejurus akad nikah selamat dilafazkan oleh Adam, Sweet yang ditemani ibunya, Misnan Atan di atas pelamin tidak dapat menahan sebak dan dilihat mengalirkan air mata tanda kesyukuran.
Pasangan mempelai bakal diraikan dalam majlis perkahwinan pada 29 Oktober 2022 ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Urusan perkahwinan Adam Lee dan Sweet Qistima dilakukan oleh mereka berdua sahaja tanpa menggunakan khidmat perancang perkahwinan.
Majlis akad nikah turut disiar secara langsung melalui FaceBook.
Sementara itu, pasangan ini bakal berbulan madu di pulau Maldives atau Eropah namun menurut Sweet perancangan itu mungkin terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Ini kerana mereka berdua terikat dengan beberapa penggambaran drama yang masih belum selesai. Malah Sweet Qismina juga sedang dalam jadual mempromosi singlenya, ‘Namo’.
Menyentuh soal zuriat, Adam dan Sweet sepakat tidak merancang mengenainya dan menyerahkan kepada soal rezeki Allah. - KitaReporters