Terima kasih Perdana Menteri! Beri bantuan khas RM1k kepada semua Tok Batin! Bukti keprihatinan PM!
Published by
KitaReporters
--title--
Gambar hiasan. - Kredit foto: Portal Maklumat Rakyat
DATUK Seri Ismail Sabri yang mengumumkan bantuan khas one-off RM1,000 kepada semua Tok Batin masyarakat Orang Asli disifatkan sebagai Perdana Menteri yang amat prihatin.
Razali Kulim, 42, Tok Batin masyarakat Orang Asli Suku Kiensieu di Kampong Orang Asli Lubuk Legong, Siong di Baling, Kedah terharu dengan keprhatinan Ismail Sabri kepada semua Tok Batin di negara ini.
"Kami semua Tok Batin yang ada dalam WhatsApp Group Tok Batin di negara ini terharu dengan pengumuman itu. Amat jelas PM seorang yang prihatin," katanya kepada wartawan KitaReporters baru-baru ini.
Razali Kulim
Razali yang menjadi Tok Batin kepada 84 keluarga seramai 350 Orang Asli di Kampung Lubok Legong sejak 6 tahun lalu yakin Perdana Menteri ikhlas dengan pengumuman itu.
Katanya, beliau melihat pengumuman itu melalui berita TV namun esoknya beliau dihubungi seorang pegawai dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Gerik memaklumkan berita yang mengembirakan itu.
Masyarakat Orang Asli Suku Kiensieu sabelum ini lebih 100 tahun hanya menetap di Kampung Lubuk Legong, Siong sahaja. Namun kini berpindah kerana berkahwin dengan Orang Asli kebanyakannya dari negeri Perak dan Pahang.
Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan peserta Felcra dan Risda dan masyarakat Orang Asli di Arena Merdeka, Tapah, pada 17 Oktober 2022 semasa membuat pengumuman bantuan RM1,000 untuk semua tok Batin masyarakat Orang Asli di seluruh negara. - Kredit foto: BERNAMA
Menurut Razali lagi, masyarakat Orang Asli di Kampung Lubuk Legong tidak terabai dalam banyak hal termasuk kebajikan dan pendidikan.
Jelasnya, berbagai-bagai program pendidikan dibuat di daerah Baling oleh pihak bertanggungjawab, dengan pelajar lelaki dan perempuan dari masyarakat Orang Asli di kampung itu dijemput menyertainya.
Mengenai wang bantuan RM1,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, beliau berkata walaupun wang itu untuk menghargai jasa khidmat Tok Batin pada masyarakat Orang Asli, namun beliau akan memikirkan cara bagaimana wang tersebut boleh memberi kebaikan dan kebajikan kepada keluarga semua di kampung berkenaan.
Beliau juga memberitahu, masyarakat Orang Asli di Kampung Lubuk Legong tidak terabai, malah sering dikunjungi berbagai-bagai badan NGO .
Kredit foto: MalaysiaNow
Sementara itu, beberapa lagi Tok Batin masyarakat Orang Asli di Perak ketika dihubungi gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu.
Tok Batin Masyarakat Orang Asli Kampong Bukit Asu, Kelian Intan di Gerik, Halipon Saad, 59, berkata pengumuman itu menjadikan mereka lebih komited terhadap masyarakat Orang Asli di bawah tanggungjawab mereka.
Tegasnya lagi, pengumuman bantuan untuk Tok Batin sebanyak RM1,000 tidak pernah terfikir selama ini.
Tok Batin Orang Asli Kampong Semelor, Air Banun, juga di Gerik, Samad Jeragong, 61, terharu dengan pengumuman Ismail Sabri yang dianggapnya amat perihatin pada semua Tok Tok Batin masyarakat Orang Asli.
Bagi Tok Batin Kampong Orang Asli Air Bah di Lenggong, Rizal Alias 45, pula bersyukur kerana Perdana Menteri begitu prihatin kepada pemimpin masyarakat Orang Asli yang bergelar Tok Batin dengan pengumuman sumbangan RM1,000 tersebut pada semua Tok Batin di negara ini.
Kesemua yang dihubungi KitaReporters yakin masyarakat Orang Asli akan terus memberikan sokongan pada Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. - KitaReporters
13
8
0
16
0