KITA KIBAR JALUR GEMILANG TANDA SOLIDARITI!!
Published byMUNGKIN sesuatu yang asing bagi kita apabila mendengarkan ada agensi yang mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama mengibarkan 'Jalur Gemilang' tanda soladiriti kekuatan dan keazaman memerangi wabak COVID-19, tatkala negara dalam keadaan tenat. : KitaReporters
Wabak COVID-19 yang telah dianggarkan hampir mencatatkan hampir 800,000 kes positif dan hampir 40,000 lagi dilaporkan telah meninggal dunia di seluruh dunia, manakala Malaysia pula mencatat 2,766 kes positif dan 43 kematian yang memberikan impak yang negatif serta keadaan panik terhadap jiwa dan raga kita.
Rawatan emosi yang tepat dan menyeluruh haruslah digerakkan secara sempurna agar tidak menjadi 'barah' yang boleh mencacatkan semangat melawan secara konsisten menentang penyakit yang tidak terkelihatan dari mata kasar itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Kamarulzaman memberitahu inisiatif Kempen Kibar Jalur Gemilang KTMB adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya dalam memberikan kesedaran dan galakan dalam menyokong usaha kerajaan.
"Kami berharap kempen itu mampu meningkatkan semangat patriotik dan moral rakyat Malaysia.
"Jalur gemilang itu telah dinaikkan dan dikibarkan di Ibu Pejabat syarikat kami di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur", jelasnya.
Kredit foto: FB KTM Berhad (https://www.facebook.com/ktmberhad/)
Pengibaran bendera itu juga akan dilakukan di semua stesen rangkaian KTMB di seluruh semenanjung.
"Saya menyeru dengan lantang untuk semua rakyat Malaysia bersama-sama menyahut cabaran ini.
"Ia boleh dilakukan sekecil-kecil menggunakan imej jalur gemilang sebagai contoh ikon atau sticker di Aplikasi WhatsApp serta memuat naik status melalui medium media sosial.
"Apatah lagi penggunaan telefon bimbit sangat tinggi ketika ini kerana orang sedang berkurung di dalam rumah." tambahnya.
Kibaran Jalur Gemilang sentiasa menjadi manifestasi kesatuan, perpaduan dan semangat juang rakyat Malaysia melangkau zaman mahupun cabaran yang 'menggila'. - KitaReporters