Pasangan remaja pengantin baharu disebat dengan rotan sebanyak 100 kali seorang di halaman tengah Mahkamah Negeri Pidie, Aceh pada Rabu, 6 Oktober 2021 lalu.

Pengantin baharu itu, dikenali sebagai MR, 21, dari Kecamatan Pidie dan AS, 19, warga Kecamatan Glumpang Tiga. Pasangan ini telah berkahwin kira-kira dua minggu lalu.

Kenapa pasangan ini dihukum sebat? Sebelum berkahwin, kedua-duanya melakukan maksiat berzina di Pantai Pelangi Sigli sehingga ditangkap oleh orang ramai. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hukuman sebat


Dua pasangan berzina termasuk satu pasangan pengantin baharu menjalani hukuman sebat

Satu lagi pasangan yang juga disebat 100 kali adalah ZB, 55,  dan janda SB, 52, warga Kecamatan Peukan Baro, Kabupaten Pidie kerana melakukan zina.  

Meskipun dihentikan beberapa kali, tetapi kedua-dua wanita terbabit berjaya menjalani proses sebatan rotan masing-masing.

Sementara pesalah lelaki kerap merintih kesakitan ketika ‘algojo’ menghayunkan rotan pada bahagian belakang, sehingga terpaksa diturunkan dari pentas hukuman.  

Namun proses sebatan sebanyak 100 kali berjaya diselesaikan. - KitaReporters

9
9
0
19
0

Copy Link: