Video| Dah makan separuh pinggan baru sedar tersalah majlis kahwin! Maaf tuan rumah, malunya!
Published bySELEPAS kerajaan membenarkan majlis keraian seperti perkahwinan dan sebagainya, ramai masyarakat kita yang menganjurkannya sebagai tanda kesyukuran dan menyambung adat budaya orang Melayu sejak turun temurun.
Bagaikan 'melepas geram' selepas sudah berbulan-bulan kita tidak dibenar menganjurkan majlis keramaian, kini berpusu-pusu majlis resepsi di sana sini walaupun lokasinya cukup berhampiran antara satu sama lain.
Dalam keadaan sebegini, tidak disangka ada juga cerita-cerita lucu yang terjadi dalam kalangan masyarakat kita.
Antaranya tersilap 'masuk' ke majlis perkahwinan orang lain.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan majlis perkahwinan:
https://kitareporters.com/search?search=majlis+perkahwinan
Ada sebuah kisah yang dikongsikan dalam laman media sosial, seorang wanita hanya menyedari perkara tersebut selepas selesai menjamah makanan pada majlis orang lain, yang pada awalnya disangkakan majlis meraikan rakan sendiri.
Keadaan 'mencemaskan' itu telah dikongsikan oleh beliau dalam akaun TikToknya dan ternyata menarik perhatian orang ramai sehingga berjaya meraih lebih 500 kongsi dan lebih dari 66,700 tanda suka.
“Macam mana boleh pergi salah wedding eh?”
Video TikTok berkenaan dikongsi oleh akaun bernama @Mariaasren yang difahamkan telah hadir ke sebuah majlis yang disangkakan majlis seorang rakannya.
Walau bagaimanapun, dia hanya menyedari bahawa mereka telah tersalah majlis selepas bergerak ke pelamin untuk mengambil gambar pasangan pengantin yang juga disangka rakan mereka.
“Benda paling kelakar harini aku pergi salah kenduri orang, ingatkan kenduri member. Sebab member nak sangat gambar, aku pun dengan yakin nak pergi dekat pelamin. Sekali tengok, bukan member!”
“Part paling kelakar member dah makan setengah pinggan tapi salah wedding. Minta maaf tuan rumah, saya salah pergi, saya hulur duit dan pergi ke wedding lain. Malunya Ya Allah,” katanya menerusi video itu lagi.