Video| Menabung dalam tempayan! Lelaki kumpul duit syiling 8 tahun! Jumlah tabungan cecah RM25k!

Published by
KitaReporters


SIKIT-sikit lama-lama jadi bukit’. Peribahasa ini sering dikaitkan dengan sesuatu perkara seperti amalan menabung namun untuk diaplikasikan dalam kehidupan tentunya bukan hal mudah bagi segelintir individu.

Bagaimanapun seorang lelaki berjaya membuktikannya dan siapa sangka, hasil tabungan duit syiling disimpan dalam tempayan mencecah sebanyak RM25,000 setelah ditukarkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan menabung


Melalui satu klip video yang kian tular dalam media sosial ketika ini setelah dikongsikan pengguna TikTok, @rosleeroslee270 memaparkan duit syiling dikumpulnya penuh satu tempayan.

Menerusi satu lagi video berasingan, dia memaklumkan duit syiling yang dikumpulnya itu telahpun ditukar dan berjumlah RM25,000.

Menjawap pertanyaan dalam ruangan komen, @rosleelee270 memaklumkan dia mengambil masa selama lapan tahun untuk mengumpul duit syiling berkenaan sehingga penuh satu tempayan.

“Lapan tahun dah simpan, TQ singgah’,” tulisnya ringkas.



Rata-rata warganet yang menyaksikan klip video berkenaan terkejut dengan jumlah wang berkenaan yang dikumpul sehingga mampu mencecah puluhan ribu ringgit.

Malah, ada dalam kalangan netizen juga kagum dengan semangat dimiliki lelaki berkenaan sehingga mampu mengumpul duit syiling sehingga penuh satu tempayan, sekali gus memberikan inspirasi untuk mereka turut menabung.

“Aku yang simpan harta sefamily letak syiling dalam botol cookies tu pun dah geram je nak tukar jadi duit kertas. Sabar betul simpan sebanyak itu,” tulis Nobodyknows1208.

“Alhamdulillah. Sikap menabung yang perlu dicontohi, tahniah sahabat,” kata Mohdkhairusmarafa.

“Kuat betul mental bro ye, boleh simpan begitu banyak ni. Mantap bro,” kata Muhammad Zainul Ariffin.



Jom kita sama-sama mulai menabung kerana amalan ini juga sebagai salah satu langkah persiapan bijak seperti pepatah Melayu ‘sediakan payung sebelum hujan’. - KitaReporters


12
13
0
10
0

Copy Link: