KES postif Covid-19 semakin meningkat sekarang ini dan ia bertambah bagaikan cendawan tumbuh. Disebabkan itu seseorang yang positif perlu kuarantin bergantung kepada status vaksinasi anda bagi mengelakkan yang lain dijangkiti.

Namun, disebabkan itu, ada juga pekerja yang sanggup menipu majikan mereka dengan mengambil kesempatan mengatakan mereka positif Covid-19 sedangkan tidak dengan melakukan pelbagai cara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aplikasi Mysejahtera



Kejadian ini telah dikongsikan oleh @mustakim_ismail, bahawa dia telah memecat seorang pekerjanya kerana menipu dengan membuat suntingan pada aplikasi MySejahteranya

Apa yang dikongsikan majikannya ini, pekerjanya ini menipu status positif Covid-19, namun buat kerja tak clean (dalam aspek editing) sebab mata majikan dia tajam.


“Kalau dah fully vaksin tapi positif, patutnya 7 hari je kuaranti, ni dah sampai 10 hari.”

Oleh sebab perkongsian daripada majikannya ini, netizen terkejut ada juga orang yang panjang akal dan sanggup melakukan seperti ini demi tidak bekerja.

Ada antara netizen yang berpendapat bahawa isu yang terjadi ini kemungkinan pekerja tersebut menipu dijangkiti Covid-19 tetapi tidak, ataupun menipu belum mendapatkan vaksinasi penuh tetapi tidak. - KitaReporters


17
7
0
15
0

Copy Link: