Berita Terkini| 54 pegawai polis Johor diambil tindakan! Pelbagai kesalahan termasuk jenayah!
Published byGambar hiasan... Orang awam dialu-alukan salurkan maklumat kepada polis jika ada pegawai dan anggota terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah. - Kredit foto: FB Polis Johor
POLIS Johor telah mengambil tindakan tatatertib terhadap 54 pegawai kanan dan pegawai rendahnya bermula Januari 2021 hingga 25 Mei 2021 atas pelbagai kesalahan dilakukan termasuk kesalahan jenayah.
Ketua Polis
Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ia membabitkan lima pegawai kanan
polis serta 49 pegawai rendah dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap
mana-mana pegawai atau anggotanya yang melakukan kesalahan.
“Orang awam
dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya ada anggota dan
pegawai polis terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah termasuk dadah, samun
serta memandu dalam keadaan mabuk.
"Seramai
lapan anggota dan pegawai polis Johor sudah dibuang kerja, 59 ditahan kerja, 14
digantung kerja manakala 72 lagi menunggu perbicaraan atas tindakan tatatertib
yang diambil dalam tempoh sama,” katanya dipetik oleh laporan Berita Harian, 25 Mei
2021.
Dalam perkembangan
berkaitan, Ayob turut memaklumkan tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)
berpangkat Lans Koperal ditahan selepas memeras ugut sepasang kekasih yang berdua-dua
dalam sebuah kereta di Tambak Pontian.
Kejadian kira-kira jam 9 malam, 20 Mei 2021 itu tiga anggota berusia 27 hingga 33 tahun berpakaian preman dan mengugut pasangan kekasih berkenaan supaya memberikan mereka wang sebanyak RM5,000 serta barangan kemas.
Katanya lagi, polis berjaya kesan dan menahan ketiga-tiga anggota PGA berkenaan pada hari sama susulan laporan dibuat oleh mangsa dan kesemua suspek sudah didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kulai pada 25 Mei 2021 kerana ugutan. - KitaReporters