Elly Mazlein dan Nabil Ahmad mewawancara Ustaz Kazim

PROGRAM ‘MeleTOP’ terbitan Astro Ria pada selasa, 24 Mei 2022 trending apabila terdapat segmen Ustaz Mohammad Kazim Elias membuat kesahihan ceritanya yang tular serta memaparkan kesan penyakit misteri yang dialami pada sebahagian tubuhnya. 

Namun bukan hanya itu, tumpuan penonton juga terhala kepada pengacara bersama iaitu Elly Mazlein, 41, memakai pakaian tambahan seperti selendang untuk menutup pakaian terdahulu yang dipakai dalam segmen sebelumnya yang agak ketat dan menunjukkan bahagian dadanya.

Ia adalah untuk menghormati tetamunya seorang pendakwah terkenal
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program MeleTOP

Dua gaya Elly Mazlein yang berbeza iaitu dalam segmen sebelum (kiri) dan ketika mewawancara Ustaz Kazim. - Kredit foto: TikTok mamalovefarr3

Hos bersamanya Nabil Ahmad sempat bergurau dengan Elly dengan berkata dah pakai baju raya ke. Elly membalas bijak dengan berkata pakai baju raya campur pakai AME (Anugerah Meletop 2022). 

Video yang dikongsikan dalam TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji apa yang dilakukan oleh Elly.

Penyanyi, pelakon dan pengacara yang lebih popular dengan nama Lina Pom Pom dipuji kerana dikatakan menghormati situasi serta tetamu yang hadir.


Rata-rata netizen mendoakan agar Elly diberikan hidayah untuk memakai pakaian yang lebih patuh syariah pada masa hadapan.

Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mampu menjadi pengacara yang baik. Kepetahannya bercakap mampu menghidupkan suasana program.

Ini dibuktikan Elly melalui program ‘MeleTOP’ dan ‘Melodi’ di TV3 apabila menjadi hos pengganti jika Nabila Suhaimi berhalangan. 

Kata-kata pujian dan perangsang daripada sebahagian netizen

Elly Mazlein mula bergiat sebagai penyanyi sejak berusia 17 tahun dan menjadi artis rakaman sejak 1997. Dia kemudian mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan dalam tahun 1999.

Namun namanya sebagai pelakon mula popular pada 2002 apabila diterima membawa watak Detektif Mazlin dalam siri kepolisan ‘Gerak Khas’ dan berundur 3 tahun kemudian.

Namanya kembali popular apabila menyertai program nyanyian ‘Gegar Vaganza (GV) musim 4 dalam Astro Ria pada 2018. Walaupun menjadi peserta keempat tersingkir, program itu kembali membawa Elly popular.

Selepas program itu Elly lebih dikenali sebagai ‘Kak Lina Pom Pom’  dan memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan atau hos. 

Elly menjadi hos ‘MeleTOP’ bersama Nabil Ahmad sejak Disember 2019 bagi mengganti Neelofa. 



Elly yang pernah menghadapi dugaan hidup apabila dicerai oleh pengarah drama Azmi Hata pada  9 November 2014 selepas baru 11 bulan hidup berumah tangga.

Ketika bercerai Elly sedang mengandung anak perempuannya Puteri Sara Sefhia. Keperitannya terubat apabila dilamar seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, yang 10 tahun lebih muda daripadanya dan berkahwin pada 18 Januari 2020. 

Hasil perkahwinan keduanya, Elly dikurniakan cahaya mata lelaki, diberi nama Haider Matee. - KitaReporters


12
11
0
16
0

Copy Link: