Tolong kami! Bantu kami bina masjid rakyat kedua di Besut! Akan dibina di Kampung Kubang Depu
Published byGambar lukisan masjid rakyat bakal dibina di Kampung Kubang Depu, Hulu Besut, Terengganu
SIKAP pemurah dan suka menderma terutama usaha membina rumah ibadah sememangnya menjadi amalan mulia masyarakat Islam di Terengganu sejak dahulu lagi kerana ia sebahagian daripada saham untuk akhirat.
Kejayaan pembinaan Masjid Lapan Kubah oleh penduduk Kampung Lapan Kotak, dekat Jertih, Terengganu adalah simbol pemuafakatan dan kerjasama masyarakat Islam negeri tersebut yang menjadikan masjid itu sebagai contoh ia dibina hasil daripada sumbangan wang orang ramai.
Lagi kisah-kisah berkaitan masjid:
https://kitareporters.com/tag/masjid
Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, jertih. - Kredit foto: Astro Awani
Maka, tidak hairanlah kini masjid yang menyerupai St Basil Cathedral di Moscow, Rusia itu menjadi kebanggaan rakyat Terengganu kerana keindahan seni bina yang menarik dan menakjubkan.
Kerja-kerja meratakan tanah sedang giat dijalankan
Tidak lama lagi, masjid kedua yang dibina hasil derma dan sumbangan rakyat bakal mengangkat martabat masyarakat Islam di daerah Besut khususnya di Terengganu apabila penduduk Kampung Kubang Depu, Hulu Besut bermuafakat untuk membina masjid baharu kampung itu.
Setiausaha Persatuan Penduduk Kampung Kubang Depu, Mohd Fakaru Azhar Yunus berkata, usaha membina masjid tersebut tercetus selepas melihat kejayaan penduduk Kampung Lapan Kotak berjaya membina Masjid Lapan Kubah yang dibina hasil sumbangan rakyat.
Mohd Fakaru Azhar Yunus
Kata Mohd Fakaru, hasrat pembinaan masjid tersebut bagi menggantikan masjid lama kampung itu yang sudah uzur dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah pada masa ini.
Beliau berkata, ketika ini pihak Jawatankuasa sedang giat mengumpul dana bagi pembinaan masjid rakyat yang kedua di daerah itu yang juga hasil cetusan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusuh merangkap Pengerusi FELDA.
Masjid Kubang Depu akan dibina berkonsepkan taman hijau di kawasan sawah padi
“Sebenarnya saya menyahut cabaran Idris supaya pihaknya membina masjid hasil sumbangan orang ramai dan tidak bergantung sepenuhnya peruntukan kerajaan,” katanya.
Ketika ini, katanya, pihaknya sudah mengumpul kira-kira RM30,000 hasil sumbangan pelbagai pihak yang ingin melihat penduduk kampung itu mempunyai masjid baharu hasil derma orang ramai.
Masjid berharga RM8 juta yang mempunyai pelbagai kemudahan asas mampu memuatkan kira-kira 800 orang jemaah dalam satu masa.
Antara kemudahan yang disediakan termasuklah satu blok pengurusan, bilik homestay (inap desa), dewan, bilik seminar, ruang dapur dan ruang singgah sana untuk majlis perkahwinan.
Masjid yang
dikelilingi sawah padi berkonsepkan alam semula jadi itu juga akan dijadikan ickon pelancongan dengan
tanaman pelbagai tanaman termasuk rambutan, durian, sayur-sayuran bagi menampak
ia berada dalam landskap kampung tradisional.
Ketika ini, katanya, kerja-kerja awalan dengan meratakan tanah sedang giat dijalankan sebelum pembinaan sebenar bermula.
Mohd Fakaru berkata, sebagai konsep pembinaan masjid rakyat sudah tentu pihaknya memerlukan dana hasil sumbangan orang ramai termasuk pihak koporat bagi menjayakan hasrat tersebut.
Oleh itu, katanya, mereka yang ingin menyumbangkan kewangan bagi pembinaan masjid itu bolehlah menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank seperti yang tertera dalam poster promosi yang disediakan. - KitaReporters