Sempena Aidiladha tahun 2023 ini, Gegar menganjurkan ibadah korban menerusi ‘Korban Gegar’ dan mengagihkan daging korban kepada kira-kira 80 penduduk di Kampung Padang Mokan, Peringat, Kota Bharu, Kelantan pada 29 Jun 2023 lalu. 

Gotong-royong penyembelihan dan pengagihan daging korban dilakukan di Masjid Mukim Padang Mokan, yang disertai personaliti radio Gegar termasuk Issey (Gegar Pagi), Ewan (Gegar Petang), Aswad (Gegar Malam), KRU Gegar dengan bantuan daripada penduduk kampung dan Geng Gegar Fan Club (GGFC) di Kota Bharu. 



Penganjuran ‘Korban Gegar’ mendapat kelulusan dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) serta mematuhi garis panduan ibadah korban yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

“Kami bersyukur dapat menjalankan ibadah korban dan mengagihkan sumbangan ini kepada peminat-peminat di Pantai Timur, khususnya di Kampung Padang Mokan, Kota Bharu Kelantan. 

"Selain menjalankan ibadah yang dituntut di dalam Islam, tujuan penganjuran Korban Gegar juga adalah berkongsi rezeki bersama peminat dan penduduk kampung untuk meraikan Hari Raya Aidiladha dan tanda terima kasih kami atas sokongan mereka selama ini,” kata Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan Gegar. - KitaReporter/Kenyataan Media


14
5
0
13
0

Copy Link: