Pertandingan nyanyian tawarkan hadian RM1j kembali! Penjenamaan baharu! Calpis Soda One In A Million!
Published byJika 15 tahun lalu, program nyanyian realiti ini dinamakan ‘One In A Million’ (OIAM) tetapi kini sejajar dengan keadaan semasa, ia kembali dengan nafas baharu di bawah judul ‘Calpis Soda One In A Million’ waima tersimpulnya ikatan antara Media Prima bersama Calpis.
Sudah tentu impak program ini kali ini terasa kebaboomnya apatah lagi bukan sahaja peserta yang beroleh kemenangan bernilai RM1 juta tetapi penonton juga berpelang memenangi sebuah kereta setiap minggu selama 7 minggu yang menjadikan 7 buah kereta diberikan sepanjang musim.
OIAM yang pernah diterbitkan dan bersiaran melalui saluran 8TV pada tahun 2006 hanya bertahan hingga 3 musim menobatkan tiga penyanyi yang kini masih aktif iaitu Suki Low pada musim pertama disusuli Ayu Damit manakala Tomok mengakhiri kemenangan pada musim ketiga yang diadili Datuk Syafinaz Selamat serta Paul Moss.
Mengimbau kehebatan OIAM waktu itu, ia telah memahatkan sejarah sebagai program yang berjaya mencipta bintang dan mengukir momen kemenangan luar biasa yang penuh emosi dan mengubah kehidupan ramai peserta.
Selain menobatkan juara seperti Suki Low, Ayu Damit dan Tomok yang berjaya melakar nama dalam industri muzik tempatan, ia turut tampilkan bintang-bintang lain yang menyertainya seperti Faizal Tahir, Alif Satar, Aweera dan Hael Husaini selain Dayang Nurfaizah dan Allahyarham Siti Sarah.
Program ini juga turut memberikan peluang kepada penyanyi berpengalaman untuk kembali ke pentas, menyahut cabaran menaikkan nama mereka kembali seperti Shila Amzah, Datin Alya, Farah Asyikin, Intan Sarafina, Roni, Pija Mentor dan ramai lagi.
"Membawa kembali Calpis Soda One in a Million dengan hadiah bernilai RM1 juta menjadikan ia program pertandingan muzik paling menarik dan berprestij di Malaysia.
"Kami teruja untuk memberikan peluang kepada bakat-bakat muda, baik tempatan dan serantau, untuk bersinar di pentas ikonik ini.” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof (gambar bawah) berhubung OIAM.
Tambah Nini, kali ini penganjur berhasrat untuk membawa kegembiraan bukan hanya kepada peserta, tetapi juga penonton, dengan hadiah mingguan berupa kereta untuk memeriahkan suasana.
"Musim ini, gandingan duo dinamik Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy diberi kepercayaan untuk menghangatkan pentas dan membawa kelainan dengan keunikan mereka sebagai pengacara baharu!
"Manakala sudah tentunya peminat tidak mahu terlepas menyaksikan juri-juri hebat kami, lagenda industri muzik Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain, yang akan membimbing peserta dalam perjalanan mereka mencipta kejuaraan,” tambah Nini.
Dalam inovatif pertama di industri pemasaran, Calpis Soda selaku Penerbit Eksekutif program ini, menyuntik kesegaran melalui pelbagai inovasi kandungan dan struktur baharu untuk memberikan perspektif segar kepada rancangan blockbuster ini.
Dengan format baharu yang segar dan ganjaran luar biasa untuk menginspirasi pemuzik berbakat di seluruh negara, sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai pertandingan pencarian paling unggul negara, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta, dan kontrak rakaman bernilai RM400,000 dan peluang bekerjasama dengan artis dari Indonesia.
Komen Tomok selaku Juara Musim Ketiga OIAM dan Dayang Nurfaizah serta Hael Husaini yang pernah sertai OIAM
Sebagai perintis kategori minuman kultur, Calpis yang mula dijual pada tahun 1919, gabungan bersama Media Prima meletakkan dua jenama ini mencipta sejarah baharu apabila bersedia memperkenal semula program ikonik ini di TV3 dengan misi menyediakan pengalaman muzik yang segar buat rakyat Malaysia.
Ia bukan sekadar kemunculan semula yang biasa, ia menjadikan Calpis Soda OIAM sebuah program muzik terbesar dan terbaik di Malaysia.
“Calpis Soda komited bekerjasama dengan Media Prima untuk menghasilkan program yang hebat ini dalam usaha menyemarakkan rakyat Malaysia dengan program kebanggaan terbaru kami ini.
"Saya yakin 'Calpis Soda One In A Million' akan menjadi program muzik terbaik, di mana peserta dan penonton akan merasai pengalaman yang tiada tandingannya.
"Dengan tagline Segar Rasa, Soda-p Suara, program ini bertujuan untuk mencari suara bernilai satu juta, suara yang paling sodap sebagai jutawan, dengan ganjaran sejuta ringgit yang tiada tandingan dengan program lain,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd. untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, Santharuban Thurai Sundaram (gambar bawah).
Menyedari kuasa hiburan sebagai penghubung yang berkuasa antara jenama dan pengguna, Santharuban berpendapat, sebagai penaja dan penerbit eksekutif program yang berpeluang membentuk perjalanan dari belakang tabir, pihaknya mahu memastikan Calpis Soda bukan sekadar nama di skrin tetapi sebahagian daripada jiwa dan tenaga program ini.
"Dengan kerjasama erat bersama Media Prima, kami komited untuk mencipta pengalaman dinamik, mendalam dan menarik, serta menghiburkan yang menyatukan generasi melalui kuasa hiburan muzik dan drama realiti,” tambahnya.
Seterusnya Santharuban berharap peserta dan penonton turut sama merasai keterujaan kebangkitan program ini.
“Tidak ketinggalan kepada penonton di rumah, pastikan anda tidak terlepas pandang, kerana setiap episod menawarkan hiburan dan penglibatan yang lebih daripada sekadar di skrin TV, begitu juga pada telefon bimbit anda!
"Dan tentu sekali, kami mempunyai perancangan khas untuk malam kemuncak yang unik yang saya tak boleh dedahkan lagi,” sambungnya.
'Calpis Soda One In A Million' ialah platform demokratik, di mana bakat adalah keutamaan dan semua peserta berpeluang untuk berjaya, sama ada seorang artis berpengalaman, penyanyi baru, duo berbakat atau kumpulan baharu.
Sesi uji bakat pertama telahpun berlangsung selama dua hari sempena Karnival Jom Heboh di Angsana Mall Johor Bahru pada 2 hingga 3 November 2024 yang lalu di mana antara yang kelihatan menyertainya adalah Hasif Upin, penyanyi yang berduet bersama Ziana Zain menerusi lagu 'Waktu'.
Hasif Upin berjaya dalam sesi uji bakatnya. Beliau akan berdepan dengan duetnya, juri Ziana Zain kelak.
Uji bakat seterusnya akan diadakan di Sabah dan Pulau Pinang pada hujung minggu ini, iaitu pada 9 dan 10 November 2024 (Sabtu dan Ahad), bertempat di Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC), Sabah dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Pulau Pinang, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Manakala minggu berikutnya pula akan berlangsung di Pahang dan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, dengan pembelian pek promosi eksklusif 10 tin Calpis Soda pada harga RM30, peminat dapat menikmati proses uji bakat yang lebih lancar dan cepat melalui 'fast lane'.
Jadi, tunggu apa lagi? Jika yakin suara anda bernilai RM1juta daftarkan diri pada mana-mana sesi uji bakat terdekat dengan tempat anda berada ya. - KitaReporters