Dapat SUV Chery Tiggo! Jumlah Shakam pula digandakan! Habuan gangsa Olimpik Aaron-Wooi Yik, Zii Jia!
Published byAARON Chia (dua dari kiri), Hannah Yeoh, Soh Wooi Yik dan Michael Chew (kiri) bergambar di hadapan Chery Tiggo 7 Pro yang dihadiahkan oleh Chery Automobile Malaysia di Puchong, Selangor. - Kredit foto: CM
AARON Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik menaiki dan menikmati kecanggihan SUV Chery Tiggo 7 Pro hadiah buat mereka sambil diperhatikan oleh Hannah Yeoh (kanan). - Kredit foto: CM
SUDAHLAH kenderaan utiliti sukan (SUV) berjenama Chery Tiggo 7 Pro menjadi habuan masing-masing, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dijamukan pula berita gembira oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada 22 Ogos 2024.
Beregu
badminton pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu terus tersenyum
lebar apabila Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN) buat
mereka dinaikkan sekali ganda.
Jika sebelum
ini ganjaran Shakam bagi gangsa Olimpik ialah RM100,000, Aaron/Wooi Yik
menerusi pengumuman Hannah itu, bakal beroleh jumlah yang sama banyak tanpa
perlu berkongsi RM50,000 setiap seorang.
“Mereka
benar-benar bekerja keras (untuk pingat itu). Sepatutnya dikongsi (tetapi)
kedua-duanya akan dapat RM100,000 seorang.
“Olimpik berikutnya (Los Angeles 2028), saya mahukan pingat emas daripada mereka,” kata Hannah pada sidang media majlis penyerahan SUV mewah bernilai RM123,800 tajaan Cherry Automobile Malaysia itu di Puchong, Selangor.
AARON Chia (kiri), Soh Wooi Yik, Hannah Yeoh dan Michael Chew bergambar dengan replika kunci SUV Chery Tiggo 7 Pro sumbangan Chery Automobile Malaysia di Puchong, Selangor. - Kredit foto: CM
Cherry Tiggo 7 Pro berteknologi tinggi dengan lima tempat duduk ini dilengkapi enjin Suntikan Terus Petrol Berkuasa Turbo 1.6L dan dipadankan Transmisi Dwicekam Tujuh Kelajuan (DCT) serta Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.5.
Hadir sama ialah Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub; dan Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh.
DUA SUV Chery Tiggo 7 Pro yang menjadi milik Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atas kejayaan mereka mengalungkan Malaysia pingat gangsa beregu badminton Sukan Olimpik Paris 2024.
LEE Zii Jia turut dihadiahkan SUV Chery Tiggo 7 Pro. - Kredit foto: CM
Seorang lagi pemenang pingat gangsa Olimpik Ke-33 itu, Lee Zii Jia tidak dapat hadir menerima hadiah SUV itu kerana baru selesai menyertai Terbuka Jepun di Yokohama dan dijangka ke Terbuka Korea di Seoul.
Perseorangan
badminton negara itu kata Hannah, turut akan beroleh RM100,000 menerusi Shakam di
samping pembayaran balik perbelanjaan persediaannya sebanyak RM100,000 selain geran awal RM50,000.
Ketiga-tiga pemenang gangsa Olimpik Paris ini juga dijamin dengan Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) atau berupa imbuhan secara bulanan mulai September 2024 iaitu RM2,000 seorang seumur hidup.
KENNY Goh (kiri), Michael Chew, Aaron Chia, Hannah Yeoh, Soh Wooi Yik dan Abdul Rashid Yaakub bergambar pada majlis penyerahan hadiah SUV Chery Tiggo 7 Pro tajaan Chery Automobile Malaysia di Puchong, Selangor. - Kredit foto: CM
Mengulas perlawanan
akhir Piala FA Ke-34 antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dan
Selangor FC pada 24 Ogos 2024, kata Hannah, “saya berharap cuaca bagus, tidak
hujan (supaya) perlawanan berjalan dengan lancar.
“Saya juga
berharap semua penonton (di Stadium Nasional, Bukit Jalil) akan menunjukkan
semangat kesukanan yang tinggi,” katanya yang tidak dapat menghadirinya kerana
perlu berada pada majlis penutupan rasmi Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21 di
Kuching, Sarawak. - KitaReporters