Sweetnya Shuib! Ucapan sempena ulang tahun! Ucapan istiqamah berhijab! Sah dah bercinta dengan Watie?
Published byKISAH percintaan antara Shuib bersama Watie Hanafiah bukan lagi perkara asing atau tersembunyi sebaliknya ia seperti seakan-akan sudah berada pada fasa serius dan ucapan daripada Shuib dalam Instagram milik Watie juga seperti mengiyakan.
Watie merupakan seorang ahli perniagaan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-35 tahun dan ucapan ringkas tapi padat dengan emoji daripada Shuib ini menjadi persoalan.
Ditambah pula empun punya diri membalas kembali komen dan emoji mata bersinar cinta. Mungkin ini mesej yang jelas daripada mereka berdua.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shuib Sepahtu
Ia tidak terhenti di situ sahaja, penyampai radio Suria FM ini meninggalkan komen sekali lagi pada video yang lain dengan ucapan lebih panjang daripada yang tadi sambil menitip doa kepada diri Watie.
Nampaknya, Shuib benar-benar berada pada fasa seterusnya?
Sebelum ini, Shuib atau Shahmira Muhamad sering dikaitkan dengan beberapa artis yang dikatakan sedang disulam cinta namun lama kelamaan, kisah mereka berdua sudah ketahui orang ramai.
Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan yang dirinya tidak salah jika ingin memilih Watie selaku pasangan hidupnya.
Paling terbaharu, ayah kepada empat orang anak ini memberi sebab kerana tertarik dengan wanita tersebut adalah ia mempunyai sikap penyayang kepada kanak-kanak dan beberapa perilaku serta kelakuannya seakan sama seperti seperti Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin.
Jika benar mereka sedang berada pada fasa pencintaan, kita mendoakan yang terbaik kepada pasangan ini kerana ia juga baik kerana anak-anak Shuib masih kecil sudah pasti memerlukan seorang ibu yang boleh jaga mereka. - KitaReporters