Apa punya anak? Tinggalkan ayah di rumah orang tua! Kalau mati tak perlu beritahu! Kebumikan sahaja!
Published byAnak perlu menjaga orang tuanya yang sudah sakit ketika meniti usia senja. Namun orang tua tidak memberi layanan sempurna terhadap anak-anak menyebabkan akan timbul dendam anak terhadap orang tua.
Satu kisah yang berlaku di Malang, Jawa Timur boleh dijadikan ikhtibar agar hubungan kasih antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dengan baik.
Seorang lelaki tua dikenali sebagai Totok yang mengalami serangan strok dan terpaksa dipapah, telah ditinggalkan oleh dua anaknya yang dikenali sebagai Desy dan Deny di sebuah rumah orang tua kendalian Yayasan Griya Lansia Khusnul Khatimah.
Kedua-dua anak mempunyai sumber kewangan kukuh, namun enggan menjaga si ayah ketika sedang uzur. Ini kerana si ayah didakwa tidak menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dengan baik sehingga menyebabkan keluarga porak peranda.
Kedua-dua beradik itu selepas membawa si ayah ke sebuah rumah orang tua dan menurunkan tandatangan di hadapan pemilik rumah orang tua itu, Arief Camra, turut berpesan untuk tidak perlu memberitahu mereka jika si ayah meninggal dunia.
Kuburkan saja, pesan mereka kepada pemilik rumah orang tua itu. Adik beradik ini malah menyuruh pihak panti jompo (pusat jagaan) itu untuk segera menguburkan sang ayah tanpa memberitahu keluarga.
Wajah terbaharu Totok
Nasib pilu ayah bernama Pak Totok ini kemudian viral setelah videonya dimuat naik oleh akaun TikTok @ariefcamra. Akaun TikTok itu adalah milik Ketua Yayasan Griya Lansia Khusnul Khatimah.
Rumah kebajikan swasta itu mempunyai puluhan warga tua lelaki dan wanita yang mempunyai pelbagai pengalaman pahit dengan anggota keluarga.
Terdapat sejumlah petugas bagi mengawasi warga tua berkenaan.
Rumah kebajikan ini mempunyai tapak perkuburan sendiri. Setiap bulan ada yang dihantar kaum keluarga dan setiap bulan ada yang meninggal dunia. - KitaReporters