Video| Azza Elite bengang! Dilabel jual barang B40! Rengsa dibezakan! T20 beli sejadah pun tak bayar!
Published byBagi yang mengikuti perkembangan salah seorang anggota kumpulan Elite dalam media sosial, pasti tahu Azza Elite atau nama penuhnya Noor Azzarima Zawari, 46, memulakan perniagaan menjual sejadah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
Sehingga kini, dia masih lagi menjalankan bisnes tersebut yang makin mendapat sambutan. Selain itu, Azza juga menjual pelbagai jenis barang termasuk minyak wangi.
Apa yang menariknya, kebanyakan barang-barang jualan dijual dengan harga murah atau mampu milik. Jadi, tidak hairanlah kalau barangan jualannya mendapat sambutan terutama golongan B40.
Adat berniaga, terutama melibatkan artis, pasti ada pihak yang dengki dan suka membanding-bandingkan.
Dalam media sosial, Azza mendedahkan ada pihak sengaja memandang rendah perniagaannya. Azza dilabel menjual barangan murahan dan hanya layak dibeli oleh golongan B40.
“Suka nak membeza-bezakan orang, menjelek-jelek orang.
Apo? Hello, selama ini pun B40 paling ramai beli barang Kekza. Yang T20 beli
sejadah pun tak bayar.
“Sebab itu sejadah saya halalkan sahaja. Kaya belum tentu mulia, miskin belum tentu hina. Kalau kamu ditakdirkan kaya, tetaplah sederhana dan jangan nak jelek-jelek orang lain. #hargaB40bauT20 ngerti loh. Terima kasih kepada semua B40 yang support kita begitu juga T20 yang support. I love you okay,” tulisnya.
Sementara itu, ramai rakan artis dan netizen menyokong kenyataan Azza itu. Menurut pelakon Iqram Dinzly, golongan T20 walaupun berkemampuan namun sering mahukan barang percuma.
“Setuju yang T20 kadang asyik nak percuma sahaja. B40 lebih memahami sedangkan yang T20 tu pernah je jadi B40. Tapi lebih teruk perangainya daripada B40.
"Kasihan apabila ujub dan istidraj menyelubungi. Takpalah kakak, al-Fatihah kan saja supaya Allah kurniakan taufik hidayat sempat taubat kemudian Allah tarik dok diam diam dalam liang lahad,” tulis Iqram. - KitaReporters