Video| Syamsul Yusof mahu beri titik noktah! Kepada semua kemelut, permasalahan! Dalam masa terdekat!
Published byPENGARAH filem terkenal masa kini, Syamsul Yusof, 38, berjanji akan menyelesaikan masalah peribadinya dalam waktu terdekat kerana sudah berlarutan hingga enam bulan.
Ia bukan sahaja menjejas keselesaan hidupnya dan menjejaskan kerja filemnya di samping berita dirinya terus menjadi bualan masyarakat termasuk dalam pelbagai media sosial.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengarah terkenal Syamsul Yusof
Sebagai insan seni Syamsul tidak menyalahkan masyarakat memberi perhatian serius mengenai kehidupannya.
Menurut Syamsul dia akan memberi jawapan secara berhemah agar tidak menyinggung mana-mana pihak yang terbabit.
Penjelasan itu menyentuh mengenai hubungannya dengan isteri dan anak-anak serta benarkah dia sudah berkahwin dua.
Menurut Syamsul kini tiba masanya dia muncul untuk memberi penjelasan sebenarnya mengenai kemelut yang berlaku.
Dan kenapa dia mengaitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam perkara itu dan bercadang untuk menyaman jabatan agama itu sebanyak RM10 juta.
Katanya selama ini masyarakat hanya mengikuti apa yang dihebah oleh isterinya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37. Dan mengganggap apa yang dikatakan isterinya itu ada yang kurang tepat.
"Insya-Allah, saya akan beri titik noktah kepada semua permasalahan ini," kata Syamsul.
Penjelasan ini dibuat Syamsul menerusi perkongsian video dalam Instagramnya, beberapa jam lalu sebelum lembaran tahun 2023 dibuka.
Syamsul berkata, dia bertindak mendiamkan diri selama ini kerana tidak mahu membuka aib berkaitan kehidupan rumah tangganya bersama isteri juga pelakon, Puteri Sarah.
"Tapi, sudah tiba masanya saya bersuara mengenai perkara ini (kemelut rumah tangga yang hangat diperkatakan). Saya pun dah penat dan saya juga percaya netizen pun letih.
"Cuma bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama dengan apa yang dilakukan oleh isteri saya, Puteri Sarah. Saya tidak mahu membuka pekung atau aib sesiapa.
"Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ini ternoktah," katanya yang turut mengakui apa yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu tidur dan urusan kerjanya.
Pengarah filem pecah panggung ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ ini berkata dilahirkan dalam keluarga seni dan bergelar selebriti, dia sedar bahawa dirinya sering menjadi perhatian, termasuk membabitkan kisah peribadi.
"Hal perkahwinan adalah perkara sangat peribadi. Hal dalam kain, tidak manis untuk dikongsi kepada khalayak ramai.
"Namun, selepas setengah tahun hal rumah tangga kami dikongsi Puteri Sarah dalam media sosial, media cetak dan elektronik, jadi saya rasa sudah sampai masa untuk menjelaskan segala-galanya," katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah baru-baru ini membawa anak-anaknya bercuti ke Jepun dan sebelum ini menunaikan umrah tanpa Syamsul menyebabkan ramai beranggapan hubungan rumah tangga mereka memang bermasalah. - KitaReporters