Pemburuan pingat di Temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 kini bermula buat kontinjen Malaysia dan skuad hoki lelaki negara memulakan kempen dengan langkah kanan apabila membelasah Thailand 9-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan B pada 24 September 2023.

Skuad hoki negara kendalian A. Arulselvaraj sememangnya berada pada prestasi tersendiri dan untuk bertemu wakil ASEAN tiada masalah untuk menang ke atas lawan mereka. 

Suku pertama permainan, Malaysia mendahului tiga gol menerusi Muhammmad Azrai Aizad Abu Kamal minit ke-8, Muhammad Firhan Ashaari minit ke-21 dan Nik Muhammad Aiman Nik Rosezmi minit ke-30. 

Malaysia terus garang untuk babak seterusnya apabila Nik Muhammad Aiman mencetak jaringan minit ke-32 sebelum Muhammad Azrai tambah gol minit ke-34 dan Muhammad Aminuddin Mohd Zain minit ke-43 dan ke-45.

Thailand terus gagal menahan asakan Malaysia untuk terus menambah jaringan daripada Abdul Khaliq Hamirin dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar untuk jaringan ke-8 dan ke-9 pada minit ke-57 dan ke-60. 


Kredit foto: FB Malaysian Hockey Confederation 


Kemenangan besar ini satu moral untuk para pemain bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan seterusnya. 

Speedy Tigers akan bertemu Oman pada 26 September 2023 ini dalam perlawanan kedua nanti. 

Malaysia tidak boleh kalah tiga perlawanan awal kerana dua perlawanan terakhir nanti akan bertemu pasukan terkuat dalam kumpulan iaitu Korea Selatan dan China. - KitaReporters

16
13
0
7
0

Copy Link: