DI SEBALIK himpunan pohon nipah yang menghijau dan daunnya adakala bergerak perlahan apabila dibuai tiupan angin dari Laut China Selatan, sebenarnya hutan paya bakau itu terdapat pelbagai spesies serta banyak manfaatnya yang tersendiri. Dan jika mahir dan rajin, dapat memberi pendapatan yang baik. : KitaReporters  


RAJA Noriah Raja Deraman bersama lekar serta penyapu lidi yang diperbuat dari lidi daun di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu.


Lagi cerita-cerita berkaitan usahawan:

https://kitareporters.com/search?search=usahawan


Pokok nipah yang juga dikenali dengan saintifik nypa frunticans mampu menghasilkan pelbagai barangan seperti ayaman, daun rokok, lidi, atap dan air nira yang boleh memberi sumber rezeki bagi mereka yang berminat mengusahakannya. 

Bagi sebilangan kecil penduduk terutama kaum wanita di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu yang terletak di pinggir Sungai Setiu itu menjadikan pohon nipah itu sebagai pendapatan sampingan mereka sejak beberapa dekad yang lalu.


POKOK nipah yang banyak memberi sumber rezeki tumbuh di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu. 


Mereka menjadikan lidi dari daun nipah itu untuk dibuat lekar iaitu tempat meletakan peralatan dapur seperti periuk dan kuali serta penyapu yang boleh menjadikan pekerjaan sampingan buat mereka. 

Seorang suri rumah, Raja Noriah Raja Deraman, 49, ketika ditemui pada Khamis 15 Oktober 2020 lalu memberitahu kalaulah tidak mengusahakan barangan tersebut boleh dikatakan rugi kerana beliau tinggal berhampiran dengan sungai yang dipenuhi dengan pokok-pokok nipah. 

Beliau yang menjalankan anyaman berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu berkata, walaupun pendapatan tidak seberapa kerana jualan barangan itu banyak bergantung kepada tempahan tetapi ia mampu juga memberi pendapatan sampingan untuk keluarganya.


RAJA Noriah sedang mengayam lekar yang diperbuat dari lidi daun nipah di rumahnya di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu.


Sungguh pun demikian, suri rumah terbabit yang tidak merasa kepayahan serta mempunyai kemahiran membuat barangan tersebut pasti  tidak akan  mensia-siakan rezeki yang ada di depan mata mereka. 

Kebanyakan mereka yang membeli hasil tangan tradisional dengannya untuk dijual di pasaran tempatan atau kegunaan mereka sendiri ataupun dijadikan ia sebagai barangan perhiasan di rumah kerana keunikan lekar serta bakul yang diperbuat dari lidi pohon nipah boleh bertahan selama empat atau lima tahun. 

Harga lekar dan bakul dijual dengan harga RM5 sehingga RM10 sebiji bergantung kepada saiznya, manakala lidi pula dijual hanya RM2 seberkas. 

Purata jualan barangan itu adalah antara RM20 hingga RM30 sehari dan pendapatannya akan bertambah sedikit  jika ada tempahan dari pekedai.


 

LEKAR yang belum siap lagi dianyam.


``Sebagaimana saya kata tadi walaupun jualan barangan ini tidak seberapa tetapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang diperolehi  itu kerana ia sekurang-kurangnya dapat juga menampung perbelanjaan anak-anak sekolah. 

``Lagipun saya membuat ayaman bakul dan lekar tidak memerlukan modal yang banyak dan saya juga tidak perlu pergi jauh mencari lidi nipah kerana dekat dengan kampung saya ini sudah ada pohon nipah,’’ katanya yang boleh membuat 5 biji hingga 10 biji lekar atau bakul sehari.   


 

LIDI dari daun nipah yang siap diproses untuk dibuat penyaku, bakul dan lekar


Menceritakan cara anyaman membuat lekar itu, Raja Noriah yang mempunyai anak sembilan orang memberitahu kerja-kerja tersebut perlu dilakukan dengan penuh kesabaran serta ketekunan kerana jika tersilap masuk lidi itu ke tempat lain semasa anyaman itu menyebabkan lekar dan bakul  tidak elok. 

Walaupun barangan yang diperbuatnya tidak selaris dengan barangan kraf tangan lain di pasaran tetapi dia tetap merasa seronok kerana masih dapat meneruskan pembuatan lekar dan bakul seumpama itu kerana suatu ketika  dahulu bahan-bahan seperti itu yang menjadi kegunaan utama untuk kaum suri rumah.


 

LEKAR yang sudah siap kelihatan cantik serta unik diperbuat dari lidi daun nipah


Selain membuat anyaman itu di rumahnya beliau juga sering diundang untuk mengadakan demotrasi di progam-program tertentu yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan. 

Orang  ramai yang berminat atau ingin membuat tempahan barangan tersebut bolehlah menghubungi Raja Noriah melalui talian 0135329328. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: