Pakej Kita Selangor (PKS) telah diumumkan pada Januari 2021 dan pakej PKS terbaharu dijangka diumum pada minggu hadapan


SUSULAN pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) atau total lockdown dikuat kuasa bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021, Kerajaan Negeri Selangor dijangka akan umumkan Pakej Kita Selangor yang terbaharu pada minggu depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihaknya kini masih dalam perbincangan berkaitan pakej bantuan tersebut dan akan umumkan kepada rakyat apabila siap nanti.

"Saya akan mengumumkan Pakej Kita Selangor minggu hadapan, saya tengah siapkan. Perkara ini juga kita sudah bincangkan dalam mesyuarat bersama Exco kerajaan negeri,” katanya dipetik oleh laporan Berita Harian, 2 Jun 2021.

Sementara itu, untuk info Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan kira-kira RM400 juta menerusi dua Pakej Rangsangan Selangor Prihatin yang diumumkan pada Mac dan April 2020.

Pada Januari 2021 pula, Kerajaan Selangor kemudiannya mengumumkan Pakej Kita Selangor yang pertama dengan peruntukan RM73.877 juta. -KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: