Perigi cari timba? Ayda Jebat mengurat I dulu - Nabil Mahir!
Published byRASANYA semua sudah maklum bahawa pasangan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 28, dan pengacara Nabil Mahir, 32, sudahpun mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada tahun 2021 iaitu pada 1 Januari 2021. Tetapi yang lebih menarik, rupanya Nabil mendedahkan Ayda yang menguratnya terlebih dahulu. Wah! Beraninya Nabil, tetapi betul ke Ayda? : KitaReporters
Ayda Jebat dan Nabil Mahir. - Foto kredit: Instagram @nabilmahir.
Bolehkah ini dikategorikan sebagai ‘perigi mencari timba’ apabila Nabil mendedahkan juga bahawa Ayda yang mula menghantar mesej secara peribadi melalui laman sosial Instagramnya?
“Ya, sebenarnya itulah kali pertama saya DM seorang lelaki, tak pernah dibuat selama ini. Saya mahu memastikan sama ada dia ada teman wanita ke tidak sebab saya tidak mahu kacau kekasih orang,” ujar pelantun lagu ‘Temberang’ ini jujur.
Tetapi berita ini bukan temberang tau tetapi realiti yang tidak segan dikongsikan oleh Ayda walaupun mendapat usikan daripada Nabil yang berkata, mesti ‘headline esok, ‘Ayda Mengurat Nabil’.
Pun begitu, Nabil mengakui dia yang terlebih dahulu ingin berkenalan dan bergambar dengan Ayda.
“Kali kedua jumpa, Ayda mengajak saya menari atas pentas dan dua bulan selepas itu baharulah dia DM saya ajak berborak,” sambung Nabil mengiyakan cerita tunangnya itu.
Menurut pasangan yang dianggap ramai sebagai secocok ini disebabkan perwatakan mereka yang sama-sama riang, hubungan mereka berterusan sebagai kekasih selepas Ayda memperlihatkan respons baik dan mereka pula saling mengenali hati budi masing-masing.
Ditanya kenapa memilih 1 Januari 2020?
“Ayda jenis yang sukar mengingati tarikh jadi. Walaupun saya dah beri beberapa cadangan, namun Ayda mendapati tarikh yang diberi agar susah untuk dia mengingatinya. Jadi, kami bersetuju mengambil 1.1.2021 sebab senang nak ingat,” ujar Nabil.
Video pengumuman yang dimuat naik melalui YouTube Wuzz Show berjudul ‘Bila Ayda Jatuh Cinta’ episod 1 itu juga menyaksikan beberapa teman artis mengucapkan tahniah seperti antaranya, Mira Filzah dan suami, Elfira Loy bersama suami dan ramai lagi di mana kesemua mereka berharap pasangan sejoli yang sama-sama ‘gila dan ceria’ itu diberkati perkahwinan mereka kelak hingga ke anak cucu.
Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan pada 28 April 2020 melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu iaitu selepas setahun berkenalan rapat.
Tahniah Ayda dan Nabil!
Selepas ini apa agaknya cerita perihal perjalanan dan persiapan majlis perkahwinan yang bakal dimuatnaikkan dalam YouTube mereka itu kerana khabarnya ada 10 episod keseluruhannya.
Tentu ramai yang akan terus mengikuti perkembangan pasangan sejoli ini. - KitaReporters