Pemain industri pelancongan Negeri Terengganu menerima suntikan dalam Houseboat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu


KERAJAAN Terengganu bertekad untuk mencapai sasaran 40 peratus kadar penduduk negeri itu mendapat suntikan vaksin menjelang akhir Ogos 2021.

Sasaran tersebut amat diperlukan oleh negeri berkenaan bagi membolehkan Terengganu beralih ke fasa ketiga dan mengurangkan penularan COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Alias Razak berkata, kerajaan negeri menjangkakan bahawa ia mampu menyuntik sekitar 12,000 hingga 14,000 sehari.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan vaksin

Dr Alias Razak


Katanya, rekod suntikan di negeri Terengganu yang paling tinggi adalah sebanyak 14,220 sehari pada 24 Julai 2021.

Ini katanya adalah pencapaian tertinggi dalam usaha memberi suntikan kepada penduduk negeri itu setakat ini.

"Biasanya hanya sekitar 10,000 hingga 14,000 sahaja sehari mengikut kemampuan tenaga yang kita ada," ujarnya ketika bersiaran dalam segmen 'Berita Awok Kite' di TV Darul Iman pada 27 Julai 2021.


Warga Terengganu mendaftar untuk mendapatkan pemberian vaksin di UniSZA Kuala Terengganu


Beliau berkata, kerja keras semua pihak terutama petugas barisan hadapan akan menjayakan sasaran terbabit.

"Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada 'frontliners' kita kerana bekerja 'all out', hari raya haji juga bekerja, hari cuti juga bekerja, tiada cuti hujung minggu, hanya untuk mempercepatkan pemberian vaksin ini,” katanya.



Dr Alias berkata, berdasarkan jumlah suntikan harian semasa, jika negeri ini mampu menyuntik sehari sebanyak 14,000 orang, Terengganu mampu memberikan suntikan sebanyak 98,000 orang seminggu.

"Apabila dicampur dengan jumlah penerima dos pertama semasa, kita menjangkakan pada awal Ogos  seramai 382,563 orang akan menerimanya. Ini bermaksud kita telah mencapai 47 peratus penerima dos pertama,” katanya.

Beliau berharap pada pengujung bulan Ogos atau awal September 2021, Terengganu akan dapat beralih ke Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). - KitaReporters


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu turut membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kepada penduduk Terengganu

9
0
2
2
2

Copy Link: