SEJAK pasangan diraja Putera Harry dan Meghan Markle membuat keputusan mengejutkan untuk tiada lagi membawa gelaran keluarga diraja Inggeris atas alasan untuk berdikari pada Januari 2020 lalu, kisah mereka terus menjadi perhatian ramai. Kejutan demi kejutan ditunjukkan pasangan ini yang terus menata kehidupan peribadi mereka sendiri. : KitaReporters

Meghan Markle dan Putera Harry


Lagi cerita-cerita berkaitan Putera Harry:

https://kitareporters.com/search?search=putera+harry


Terbaharu, Harry dan Meghan disahkan menetap di rumah mewah baharu mereka yang dibeli di tengah Montecito, Santa Barbara, berhampiran pantai di luar Los Angeles, California bernilai AS$14.65 juta (RM61 juta). Wah! Sungguh dasyat nilai harganya.


Rumah tersebut sangat mewah bergaya Eropah yang dikenal sebagai Petra Manor. - Kredit foto: brilio.net


Bagaimanapun AFP melaporkan, jurucakap pasangan tersebut berkata pasangan diraja itu telah mula berpindah dari rumah agam mereka yang sebelum ini terletak di Beverly Hills sejak Julai 2020 lagi.

Ini adalah rumah pertama yang dimiliki oleh kedua-duanya. Ini adalah masa yang sangat istimewa bagi mereka sebagai pasangan dan mempunyai keluarga kecil sendiri.

Terdahulu, rumah baharu mereka yang dikenali sebagai Petra Manor itu telah dibina sekitar tahun 2003 dengan reka bentuk utama campuran ala Eropah dan Mediterranean dengan kemasan hiasan berwarna krim ​​dan putih.

Dekorasi ringkas ruang tamu sesuai untuk pasangan ini yang mempunyai anak masih kecil. - Kredit foto: brilio.net


Secara keseluruhan, hartanah tersebut mempunyai ruang tamu seluas hampir 19,000 kaki persegi dengan jumlah keseluruhan iaitu sembilan bilik tidur dan 16 bilik mandi bersaiz besar.

Rumah tersebut dilengkapi rumah tumpangan, perpustakaan, gimnasium, sauna basah dan kering yang terpisah, lif, arked, bilik permainan, mini cinema dan garaj yang boleh membuatkan lima buah kenderaan

Kamar tidur mewah lagi tenang. - Kredit foto: brilio.net


Ruang dapur ringkas. - Kredit foto: brilio.net


Mini Cinema untuk kaum keluarga dan rakan-rakan rapat. - Kredit foto: brilio.net


Tambah menarik, kediaman tersebut juga menawarkan ‘rumah teh’, pondok kanak-kanak dan kawasan yang sangat indah kerana turut menempatkan kebun Zaitun yang berusia lebih kurang 100 tahun, kebun mawar dan pokok cemara Itali.

Selain itu, terdapat juga gelanggang tenis bersaiz penuh, kolam renang dan tempat permainan kanak-kanak lengkap serta beberapa kemudahan luaran yang lain.

Terdapat ramai selebriti Hollywood yang turut menetap di kawasan kejiranan itu tersebut termasuk, Gwyneth Paltrow, Ellen DeGeneres, Ariana Grande, Oprah Winfrey dan ramai lagi.

Namun begitu, kawasan tersebut dikatakan sebagai kawasan paling mewah di California Selatan oleh beberapa artis dan turut di sahkan sebagai kawasan yang bebas paparazzi.

Tenang... damai... sesuai bagi mereka yang sukar menjalani kehidupan luar seperti keluarga yang lain. - Kredit foto: brilio.net


Manakala, berdasarkan majalah People dan Page Six, pasangan berkenaan berharap dapat membesarkan anak lelaki mereka, Archie yang berusia 14 bulan, dalam keadaan normal.

Susulan daripada pembelian rumah mewah di atas tanah seluas 2.02 hektar, seperti pasangan lain, adik Putera William ini dan Meghan bagaimanapun turut membuat penawaran kerana harta itu sebenarnya bernilai $27 juta dan perlu meletakkan deposit sebanyak $5 juta. Mereka juga perlu membayar cukai tanah sebanyak $288,000 setahun.

Sementara itu, berdasarkan laporan The Sun US, sumber terdekat pasangan itu mengatakan bahawa mereka memanggil rumah mewah itu sebagai tempat perlindungan mereka.

Harry dan Meghan bersama buah hati mereka, Archie.


"Harry dan Meghan menyatakan mereka berharap ketika pendemik Koronavirus-2019 (Covid-19) ini menyerang, kehidupan mereka masih lagi mudah. Mereka menyedari bahawa mereka memerlukan rumah besar dengan banyak ruang untuk Archie kerana sukar berada di tempat awam untuk bersiar-siar disebabkan status dan populariti mereka.

"Mereka sangat bimbang tentang Archie kerana dia begitu banyak berada dalam rumah dan tidak berinteraksi dengan anak-anak lain. Meghan mahukan tempat dengan taman yang menakjubkan dan mempunyai kolam besar untuk dinimati dan menyatakan rumah baru ini adalah yang terbaik,” ujarnya. - KitaReporters

Rumah mewah ini pernah disewa Kylie Jenner ketika berusia 22 tahun selama dua minggu untuk berlibur dan memanjakan dirinya. - Kredit foto: brilio.net

0
3
1
0
0

Copy Link: