Video| Selepas 2 tahun berehat, Mira Filzah akui gementar di pentas! Tak sabar nak bulan madu!
Published bySejak pandemik COVID-19 melanda kira kira dua tahun lalu dan selama bintang paling popular ABPBH32, Mira Filzah bergelar isteri kepada arkitek, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar bermula 3 September 2020, perjalanan kerjaya seninya agak muram.
Mengakui perkara itu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, bagaimana pun tidak kesunyian memandangkan ada suami di sisinya.
Malah, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakanakan, Mira dilihat banyak berkongsi mempromosikan produk di laman sosial medianya yang mempunyai 7.3 juta pengikut.
Lagi kisah menarik berkaitan Mira Filzah
Dan, walaupun pengalamannya berlakon filem dan drama tidak terbilang namun Mira Filzah akui tetap gementar apabila buat pertama kalinya tampil di pentas selepas lama berehat dengan melakukan ‘comeback’ sebagai duta telefon pintar berjenama Vivo yang dilancarkannya pada 9 Disember 2021 lalu di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
“Ini majlis pertama saya selepas sekian lama, nak jalan ke stage pun nervous macam kali pertama,” kongsi Mira pada laman Instagramnya sebaik sahaja namanya diumumkan tampil ke pentas memperkenalkan telefon pintar terbaharu Vivo V23e.
“This is so me’,” ujar Mira sebaik sahaja diminta pandangannya terhadap spesifikasi telefon Vivo23e yang berada di tangannya sekali gus membayangkan kemudahannya melakukan rutin kegemarannya iaitu berswafoto sambil mengakui V32e itu ibarat ‘inilah saya’.
Menggariskan lima ciri kegemarannya pada V23 meliputi ‘potret semula jadi’, ‘potret suar bokeh’. ‘selfie autofokus mata’, ‘penstabilan ultra’ berserta wujudnya ‘kamera belakang 50 MP, Mira berpendapat telefon bimbit itu mencerminkan dirinya sebenar.
“Saya memang suka sangat berswafoto malah suami Emir pun tidak keberatan untuk bergambar dan sebab itulah juga dia sudi berlakon bersama untuk iklan Raya Vivo, ‘Antara Dua Hati’ bagi mempromosikan telefon pintar siri V21 pada bulan Mei 2021 lalu.
Dalam pada itu, Mira berkongsi juga tidak sabar merakamkan foto apabila bercuti ke Eropah bersama Emir yang dianggapnya sebagai percutian berbulan madu.
“Dulu semasa kahwin kita tidak berpeluang bercuti ke mana-mana sehinggalah sekarang ini selepas pintu sempadan antarabangsa dibuka barulah kami dapat merancang untuk ke Eropah dan bermain salji,” ujar Mira dalam seri wajah yang nampak teruja menantikan detik percutiannya itu.
Terkenal sebagai artis yang tidak lekang dengan telefon bimbitnya dan sering berkongsi foto dan rutinnya dalam laman instagram, Mira akui banyak menerima komen netizen yang bertanya dan berpendapat bahawa beliau sudah berbadan dua walaupun ada yang bertanya kenapa dia kurus sangat.
“Bagi saya biarlah mereka bertanya dan memberikan pandangan masing-masing, Mira tidak tersinggung dan menanggap keprihatinan mereka itu satu doa buat Mira cepat memperoleh cahaya mata,” jelas pelakon filem ‘Sangkar’ ini.
Tidak mahu mencetuskan sebarang provokasi Mira memberitahu beliau tidak ambil hati terhadap setiap komen netizen memandangkan itu adalah pandangan mereka tetapi yang pasti beliau sendiri tahu kedudukan sebenar.
“Saya tak tersinggung malah berterima kasih kepada yang sentiasa mengambil berat terhadap apa jua yang saya lakukan,” tambah Mira. - KitaReporters