Perlawanan ACL: Penalti bantu JDT dahului Kumpulan I! Misi wajib menang ke atas Ulsan Hyundai!

Published by
KitaReporters



DUA jaringan penalti daripada Bergson da Silva membolehkan Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali berada di kedudukan teratas kumpulan I selepas menewaskan Guangzhou FC 2-0 dari China dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 malam tadi, 27 April 2022. 

Meskipun gagal mencatat jaringan besar, tiga mata daripada perlawanan ini sudah cukup untuk menghidupkan peluang mereka ke pusingan seterusnya. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Liga Juara-Juara Asia (ACL)

Kredit foto-foto: FB Johor Southern Tigers


Kemenangan ini juga bermakna saingan untuk ke pusingan seterusnya semakin sengit dan JDT wajib menang menentang Ulsan Hyundai dari Korea Selatan dalam perlawanan terakhir kerana hanya kemenangan sahaja yang akan menjamin mereka ke pusingan seterusnya. Jika kalah, peluang akan terus tertutup untuk JDT. 

Sementara itu, Kawasaki Frontale dijangka tiada masalah untuk mencatat kemenangan ke atas Guangzhou dalam perlawanan terakhir nanti. 

Jika JDT berjaya mencatat kemenangan, mereka akan mengutip 13 mata sementara Kawasaki Frontale hanya akan mencatat 11 mata namun jika JDT seri, ketiga-ketiga pasukan akan mengutip 11 mata, namun Ulsan Hyundai akan menjadi juara kumpulan sementara JDT akan jatuh kedudukan ketiga kumpulan.  



Jadi, mahu tidak mahu, JDT perlu turunkan skuad terbaik bagi memastikan 3 mata penting berjaya dikutip dan sekali gus mencipta sejarah menjadi kelab pertama dari Malaysia yang layak ke pusingan seterusnya dalam saingan ACL.

Tetapi ia bukanlah sesuatu tugas mudah kerana Ulsan sudah pasti akan turun bermatian-matian untuk memburu slot selaku juara kumpulan dan turun untuk misi membalas dendam atas kekalahan mereka dalam pusingan pertama baru-baru ini.

Bagi skuad Benjamin Mora, mereka perlu mengubah corak permainan kerana dua perlawanan terakhir, boleh dilihat bahawa permainan JDT tidak berada pada prestasi terbaik seperti pusingan pertama. Jika mereka tidak cepat mengubahnya, pasti akan dihukum oleh corak permainan dari Ulsan nanti. 

Sedikit kerisauan kerana perlawanan terakhir nanti mereka akan bermain pada waktu petang dan ini sudah pasti mampu memberi tekanan kepada pemain kerana bermain pada hari puasa dan JDT belum pernah bermain pada waktu petang sepanjang kejohanan ini  berlangsung. 

Moga JDT mampu bermain dengan baik dan membuktikan bahawa mereka sememangnya layak ke pusingan seterusnya.  

Kesemua perlawnanan akan berlangsung serentak pada 30 April ini pada pukul 5 petang. - KitaReporters



Kredit foto-foto: FB Johor Southern Tigers

13
13
0
9
0

Copy Link: