BERJAYA menyusun semula lagu ‘Mustika’ dengan baik dan mendapat pujian penciptanya, Datuk M Nasir membolehkan Stacy Anam. 30, menjuarai episod ke-4, Immortal Songs, TV3 semalam, 20 September 2020. Dengan markah sebanyak 722, Stacy kini menduduki tempat ketiga selepas Naem Daniel (760) serta Azmi Saat (735), dan diikuti Hael Husaini (686). : KitaReporters

Stacy mengabadikan kenangan dengan Datuk M Nasir. : Kredit foto: IG @stayanam

Lagi cerita-cerita berkaitan penyanyi:

https://kitareporters.com/search?search=penyanyi


Penyanyi yang juga isteri Akim Ahmad ini memperoleh 722 markah daripada markah penuh 800, meninggal jauh lima peserta lain. 

Peserta lain ialah Haikal Farid (689 markah), Shihar Zikir (640), Yonniboii (626), Suffian Suhaimi (620 markah) dan Zizi Kirana (533). Enam lagu popular dicipta dan didendang oleh M Nasir disampai dengan gaya tersendiri oleh enam artis tersebut.

Senarai keputusan  'Immortal Songs' episod 4

@tv3malaysia : PERGHH ! Cenggini 👍 la @stacyanam punya susunan lagu ! siap ada dance guys ! Memang terbaik 👏🏼🔥


Lagu-lagu hits M Nasir yang didendang semula ialah ‘Mustika’ (Stacy), ‘Sentuhan Listrikmu’ (Haikal Farid), ‘Keroncong Untuk Ana’ (Yonny Boii), ‘Raikan Cinta’ (Shihar Zikir), ‘Suatu Masa’ (Sufian Suhaimi) dan ‘Malam’ (Zizi Kirana).

Sebagai pemenang kategori ‘Susunan Muzik Terbaik’, Stacy menerima hadiah wang tunai RM10,000. 

Dengan markah 722, Stacy kini menduduki tempat kedua selepas Naem Daniel (760), diikuti Azmi Saat (735), dan Hael Husaini (686).

Kini tiga lagi karyawan seni legenda masih belum dimunculkan iaitu Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff dan Datuk Jeffydin .

M Nasir bersama enam penyanyi yang bertanding dalam 'Immortal Songs' episod 4.

Empat karyawan seni legenda yang sudah dimunculkan ialah Ning Baizura, Ella, Fauzi Marzuki dan Datuk M Nasir.

Program TV, 'Immortal Songs’ berdasarkan program terbitan sebuah stesen TV di Korea Selatan, KBS,  yang mengguna jodol yang sama. Program ini diterbit bagi mengganti program ‘I Can See Your Voice' (ICSYV) musim ketiga.

Ia mengemukakan 42 penyanyi generasi baru yang diminta mengolah lagu-lagu selebriti sensasi yang dipilih. 'Immortal Songs' ditaja oleh syarikat tenusu Farm Fresh. - KitaReporters



0
0
0
0
0

Copy Link: