Kantoi! Kucing cuba seludup rentas negeri! Polis lagi cekap!
Published byBIASANYA ketika sekatan jalan raya (SJR) diadakan pada masa ini, pihak polis akan menemui pelbagai alasan daripada orang ramai yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung. Mereka yang kena saman atau perlu berpatah semula kerana langgar peraturan tidak usah cakaplah, puluhan ribu kereta kena patah balik. Degil tu tidak boleh bawa bincang!!! : KitaReporters
Namun begitu, dalam sekatan jalan raya kali ini yang diadakan di tol Gombak, pihak polis telah 'kantoikan' seekor kucing yang cuba merentas negeri dengan menyorok di bahagian ruang enjin kereta.
Kalau tengok pada saiz kucing ini, bukan kecik tapi besar juga saiz dia. Macam mana boleh dia duduk di situ.
Tak kan si kucing ini sudah rancang lebih awal??
Kredit video Mohd Redzuan Abdul Manap.
Berada 30 minit dalam enjin kereta itu. Bukan sekejap, malah di situ bahagian yang agak bahaya bagi si kucing ini. Apa pun, nasib si kucing comel ini sangat baik kerana berjaya ditemui ketika dalam sekatan jalan raya itu.
Terima kasih pasukan polis yang bertugas dan berjaya menemui si comel ini!!
Ye lah, cuba bayangkan, kalau polis tidak menemuinya, silap-silap kucing ini akan mati begitu saja atau mungkin juga terjatuh dari bahagian ruang enjin di atas jalan raya.
Jatuh atas jalan raya, mesti korang tahu kan apa terjadi. Kereta atas jalan raya semua laju-laju!!!!
Malah tuan kereta itu pun baru tersedar ketika polis yang menemui kucing ini.
Dia pula naik cuak tiba-tiba kena tahan dengan polis, takut ke bang!!!!
Amboiii!!! Kucing ini pun, mentang-mentanglah tuan ini kereta Honda, pandai pula kucing ini memilih kereta ya.
Kredit foto: Twitter Ahmad Faiz
Akhirnya kucing ini berjaya dihantar pulang ke pangkuan keluarga beliau yang sebenar.
Tak kan kes gaduh dengan 'bini' sampai hendak lari, kucing sekarang pun bukan biasa-biasa ya!!!!
Apa pun, nasib si kucing comel ini sangat baik kerana berjaya ditemui ketika dalam sekatan jalan raya itu. - KitaReporters