Sejuk perut ibu mengandung! Miliki 16 anak! Semua boleh hafaz al-Quran! Inilah keluarga sakinah!

Published by
KitaReporters

Kamaruddin dan Najrah dikurniakan 16 orang anak sepanjang 26 tahun usia perkahwinan mereka. - Kredit foto: kendariinfo.com


SEJUK perut ibu mengandung apabila memiliki anak-anak yang soleh dan solehah. Namun, ia berbalik kepada diri ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak menjadi seperti itu.

Lebih mengagumkan sekiranya ibu bapa itu memiliki anak yang ramai dan kesemuanya berjaya di dunia dan akhirat. Jarang, namun ia ada!

Contohnya pasangan suami isteri dari daerah Kolaka Utara, Sulawesi Tenggara, Indonesia, Kamaruddin, 56, dan Najrah Rasyid, 48, yang mempunyai 16 orang anak sepanjang 26 tahun usia perkahwinan mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan keluarga ramai anak

Kesemua anak pasangan ini mampu menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya satu surah. - Kredit foto: kendariinfi.com


Pasangan ini mendapat perhatian netizen apabila kisah mereka disiarkan dalam portal-portal terkenal Indonesia. Apa yang lebih mengagumkan, bukan sahaja bilangan anak mereka tetapi kejayaan menyara dan mendidik sehingga semuanya berjaya menghafaz al-Quran.

Lapor portal Detik.com, Kamaruddin dan Najrah sangat berdedikasi mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama. Dari yang sedang belajar di sekolah rendah, menengah, pondok dan universiti semuanya menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya satu surah.

"Alhamdulillah semua sudah bersekolah, dari yang kecil hingga ke sekolah rendah hingga dewasa yang sudah tamat pengajian. Ada juga yang hafaz al-Quran, ada yang sampai 30 juzuk.

"Saya masukkan anak ke sekolah pondok untuk menghafaz al-Quran. Anak pertama, kedua dan ketiga ada 30 juzuk, ada 15 juzuk ada 10 juzuk serta 5 juzuk.

"Insya-Allah, anak kedua, ketiga dan keempat akan tamat kolej pada 2022. Kalau anak kelima dah masuk kolej, lama lagi nak habis. Anak pertama dah habis 2020," jelas Kamaruddin.


Kredit foto: detik.com


Kamaruddin juga mendedahkan semua anaknya boleh melanjutkan pelajaran kerana pencapaian mereka. Kesemua anaknya dapat biasiswa daripada pelbagai sumber.

“Semua anak yang masuk kolej dapat ikut ke kelas tuisyen dan penginapan serta biasiswa untuk belajar,” katanya.

Bercerita mengenai kebolehan anak-anaknya menghafaz al-Quran, jelas Kamaruddin ia adalah usaha turun-temurun daripada isterinya yang merupakan lulusan sekolah pondok.

Oleh kerana Najrah tidak berjaya menghabiskan hafazan, jadi dia mahu anak-anaknya boleh menghafaz al-Quran.

"Isteri saya seorang pelajar pondok. Dulu dia sibuk menguruskan keluarga ustazah, sampai tak habis-habis. Dia segera mendoakan anak-anaknya dapat menjadi tahfiz," jelasnya.

Kamaruddin merupakan penjawat awam (ASN) negeri bagi kerajaan Kolaka Utara. Setiap hari dia bertugas sebagai guru di SD Negeri 1 Katoi, daerah Katoi, Kolaka Utara, Sulawesi Tenggara sejak tahun 2000.

Manakala isterinya pula seorang suri rumah yang menjaga 16 anaknya setiap hari manakala Kamarudin bekerja. Kamaruddin berkahwin dengan Najrah pada Januari 1996.

Mereka berdua mula dikurniakan anak pada usia 10 bulan berkahwin, manakala anak bongsu dilahirkan pada Disember 2015. 

Dilaporkan 16 anak Kamaruddin dan Najrah itu diketahui dilahirkan dalam tempoh 26 tahun dengan jarak yang berbeza-beza. Anak sulung berumur 26 tahun dan bongsu berumur tujuh tahun. - KitaReporters


Kredit foto: SindoNews

16
13
0
14
0

Copy Link: