KEBAHAGIAAN rumah tangga terletak pada ‘penghuni-penghuninya’. Andai ketua iaitu suami bijak mengendalikannya, insya-Allah segala isinya akan bahagia. Namun jika berlaku sebaliknya, rumah tangga yang diharapkan menjadi tempat berlindung dan menyemai kasih sayang, akan bertukar menjadi ‘neraka’ dunia. : KitaReporters


Suami kepada wanita yang dibakar berjaya ditangkap oleh orang ramai. - Kredit foto: Okezone.com


Lagi kisah-kisah berkaitan pembunuhan:

https://kitareporters.com/search?search=pembunuhan


Suami isteri ibarat aur dan tebing yang saling memerlukan bagi memastikan rumah tangga utuh agar ia mampu ‘mengalir’ dengan sempurna.

Namun kalau salah seorang daripadanya bermasalah, maka pincanglah ia. Malah, lebih dahsyat boleh membawa kepada pergaduhan yang boleh meragut nyawa. 


Keadaan gerai makan yang terbakar. - Kredit foto: Kumparan.com


Kejadian yang berlaku di Riau, Indonesia ini boleh dijadikan pengajaran. Seorang lelaki telah bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila tergamak membakar isterinya yang sedang tidur di gerai makan milik mereka.

Jenayah mengerikan itu berlaku pada Selasa, 8 Disember 2020 sekitar jam 9.00 pagi. Lapor portal Detik.com, pembakaran terjadi ketika mangsa bernama Rahmi, 26, sedang tidur di gerai makan tersebut.

Namun, secara tiba-tiba suaminya datang dengan membawa minyak petrol lalu membakar mangsa. Perbuatan tersebut telah menyebabkan api marak membakar tubuh mangsa dan juga gerai makan tersebut.

Oleh kerana api terlalu marak, tertuduh turut mengalami luka akibat disambar api. Lebih menyayat hati, mangsa sempat menjerit meminta tolong namun tiada siapa yang berani mendekat kerana api terlalu marak. 



Setelah api padam, mayat mangsa yang terbakar teruk di seluruh badan akhirnya berjaya dibawa keluar. Sementara itu, suami wanita tersebut sempat ditangkap orang ramai sebelum polis tiba.

Motif pembunuhan masih belum diketahui kerana pelaku masih dalam rawatan akibat melecur. 

Tidak kira apa motifnya, perbuatan itu tetap salah kerana membunuh. 

Andai ada masalah dalam rumah tangga, cari jalan penyelesaian terbaik dan bukannya bertindak menyalahi undang-undang. - KitaReporters 



Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. - Kredit foto: Riaulink.com

0
0
8
0
1

Copy Link: