ANIMASI Upin & Ipin bukanlah sesuatu yang baharu lagi di Malaysia malah ia telah mencetuskan fenomena di Malaysia dan di beberapa negara lain. Biarpun animasi ini mengisahkan cerita kanak-kanak, namun begitu, orang dewasa juga turut serta menonton cerita ini sama ada secara berepisod ataupun movie kerana kisah Upin & Ipin ini penuh dengan mesej positif. : KitaReporters

Video pendek Upin & Ipin beri nasihat untuk kekal di rumah. - Kredit video: Les Copaque Production. 


Namun begitu, beberapa hari ini, nama Jarjit Singh menjadi 'kegilaan' warga Twitter apabila mengadakan pantun pelbagai versi seperti Jarjit dalan cerita Upin & Ipin

Seperti kita tahu, Jarjit ini boleh dikatakan 'raja' pantun dalam cerita Upin Ipin biarpun hanya 2 baris, namun ia cukup mencuit hati penonton.

Koleksi pantun Jarjit berunsur nasihat. - Kredit video Les Copaque Production. 


Koleksi pantun Jarjit. - Video Kredit METU PAKE NOP. 


Malah, nama Jarjit juga menjadi trending dalam Twitter. 


Seorang pengguna warga twitter, Aiman Ariff telah memuat naik ciapan dalam Twitter miliknya memintak orang ramai memberi koleksi pantun Jarjit yang mampu membuat beliau terhibur.

Tidak lama selepas itu, ciapan Twitternya telah dibalas dengan pelbagai koleksi pantun oleh orang ramai.

Ternyata, sebenarnya rakyat Malaysia ini penuh dengan kreativiti dengan pantun yang begitu menghiburkan.

Apa yang menarik, kebanyakkan mereka telah mengedit kembali gambar artis K-Pop dan letak wajah Jarjit.







Lebih menarik, ciapan Aiman Ariff ini juga telah mendapat perhatian pihak Les Copaque sendiri.


Dulu, kita ada Karam Singh Walia, kini ada Jarjit Singh pula. 

Tentunya, ikon-ikon bukan Melayu ini (walaupun seorang hanya dalam bentuk animasi) mampu menjadi daya tarikan kepada orang ramai untuk terus meminati kreativiti puisi pantun.

"Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang..

Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama Jarjit Singh seorang.." - KitaReporters


29
5
1
2
1

Copy Link: