KAN DAH KENA!! NAK GUNTING TAPI KENA CEKUP!!
Published byMUNGKIN niatnya baik hanya mahu membantu mereka yang rimas dan tidak selesa dengan penampilan rambut panjang? Tapi sayangnya kebaikan dilakukan akhirnya memakan diri. Lebih parah pemilik kedai gunting rambut mungkin dikenakan denda dan boleh dihumban ke penjara selama setahun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). : KitaReporters
Dalam serbuan berkenaan 13 lelaki termasuk pemilik kedai gunting rambut ditahan polis di Jalan mengkuan, Butterworth, Pulau Pinang. - Kredit foto: Sinar Harian.
Dalam kejadian yang
berlaku di Butterworth itu, polis yang diketuai Ketua Polis Daerah Seberang
Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor telah menahan 13
lelaki termasuk pemilik kedai gunting rambut di Jalan Mengkuang, baru-baru ini.
Ketika serbuan yang
dilakukan kesemua lelaki warga tempatan berusia antara 17
hingga 24 tahun ditahan selepas gagal memberikan alasan munasabah.
“Siasatan awal mendapati pemilik kedai gunting
itu menjalankan aktiviti menggunting rambut secara tertutup selepas kerajaan
tidak membenarkan premis gunting rambut beroperasi,” kata Noorzainy.
Siapa suruh buka kedai? Kan dah terima padah!
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.
Dalam serbuan berkenaan, semua pelanggan berada didalam kedai menunggu giliran untuk menggunting rambut.
Alamak! dah macam
tamat PKP pulak! Siap ada yang menunggu giliran lagi.
Noorzainy berkata, dalam
serbuan polis itu, pihaknya telah tahan 13 orang yang disyaki berhimpun tanpa
alasan dan dari siasatan mendapati, mereka datang untuk gunting rambut secara
tertutup.
Kerajaan sebelum ini memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP. - Kredit foto: Astro Awani.
“Kami difahamkan tuan punya kedai telah membuka perniagaan dan membenarkan pelanggan masuk ke dalam kedai untuk gunting rambut," ujarnya lagi.
Sepanjang PKP, kerajaan memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi. - KitaReporter